Masuk islam pasti masuk syurga? Ya, tidak, mungkin ya, mungkin tidak atau tidak mungkin?

Posted: July 6, 2010 in debat agama, dialog agama, islam, katolik, kristian

Apabila muslim mengikut pengertian mereka sendiri mengatakan selain islam, semua amalan tidak diterima. Hujah yang lain, masuklah islam supaya kami tidak lagi gelar kalian kafir. Bagi kristian, menjadi kafir adalah fobia. Pengertian kafir bagi kristian ialah tiada keselamatan di mata Tuhan yang Maha Kuasa. Oleh itu apabila seorang calon baptisan kristian mahu menjadi kristian, tujuannya ialah mendapat keselamatan Tuhan. Keselamatan Tuhan itu adalah SYURGA (bukan kayangan dewa-dewa ya?).

Saya masih ingat seorang rakan muslim berkata, masuk islam bukan jaminan masuk syurga. Katanya, kalau ada agama yang jamin masuk syurga, agama itulah saya ikut, katanya. Ertinya, tujuan agama ialah jaminan keselamatan iaitu syurga. Dia masih islam bermakna dia lebih yakin agamanya berbanding kepercayaan lain.

Dalam beragama, sama ada kristian atau islam, kita mengenal dosa dan pahala. Jika melanggar dosa, dihukum, jika buat kebaikan mendapat pahala.

Apa jawapan umat islam jika kristian bertanya, masuk islam confirm masuk syurga ka?

Bagi kristian, masuk kristian (baptis) boleh diandaikan daftar sekolah tadika. Dan perjalanan baru bermula. Dia boleh jadi gagal atau berjaya dalam perjalanannya. Dia kena lulus banyak ujian dan peperiksaan. RIP lazimnya ditandakan di salib pusara umat kristian yang meninggal dunia. RIP bermaksud Rest In Peace. RIP tentunya menceritakan hubungan si mati dengan Tuhannya.

About these ads
Comments
  1. prokatolik says:

    Penghibur kata:
    Nikmat Islam apabila dia ikhlas beribadah kepada Allah swt maka Allah swt menjanjikan Syurga, TIDAK ADA Keselamatn hanya dengan mempercayai tetapi tidak melaksanakan segala perintah dan larangan-Nya.

    Bagi yang berpura-pura dalam Islam, Allah swt akan memberi hukuman setimpal padanya, hadiah yang mengerikan adalah Neraka, dan Syurga milik insan yang ikhlas beribadah pada-Nya.

    Kata saya: Apabila penghibur menyebut tentang neraka dalam ajaran islam, saya mengajak masuk topik ini. Melalui tulisan penghibur, umat islam yang berdosa akan mendapat balasan di neraka. Oleh itu, kesimpulannya, masuk islam bukan jaminan masuk syurga. Ini dapat dibuktikan dengan ayat al quran sendiri dimana banyak perempuan islam di neraka. Fakta ialah, umat islam, jantina perempuan, neraka.

    Penghibur:
    ISLAM tidak menyembah manusia, seperti yang saya tegaskan bahawa Al-Quran tidak peduli apa pun kajian manusia, boleh jadi Al-Quran bersetuju, boleh jadi Al-Quran bertentangan dengan kajian manusia.

    Perkara yang pasti Al-Quran mendahului segala-galanya yang dilakukan manusia dengan peringatan dari Allah swt berkenaan batas-batas yang Allah swt tetapkan. Inilah NIKMAT iman dalam Islam.

    Kata saya: Saya percaya penghibur pun tidak faham apa dia sendiri tulis. Atau memang asal omong. Apabila disebut mendahului segala-galanya tentulah bantahan kerana apa? Al quran hanya disampaikan pada TM610.

  2. prokatolik says:

    Bersalah bunuh suami isteri

    Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
    zulkarnain.ali@kosmo.com.my

    SEREMBAN – Seorang bekas petinju remaja Negeri Sembilan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita hamil lapan bulan dan suaminya di sebuah rumah di Senawang dekat sini tiga tahun lalu.

    Mohamad Azli Azhari, (gambar) 23, dilihat tenang ketika mendengar keputusan yang dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yassin.

    Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, pihak Pendakwa Raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan semua bukti menunjukkan tertuduh telah membunuh pasangan malang itu.

    Azli dituduh membunuh Syed Herie Azmi Syed Kassim, 25, dan Aniza Ayob, 24, di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Senawang di sini antara pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi pada 16 Jun 2007.

    Pasangan berkenaan baru lapan bulan bergelar suami isteri dan Aniza semasa dibunuh sedang sarat mengandung.

    Pasangan suami isteri itu dijumpai mati oleh dua rakan mereka dengan beberapa kesan tikaman di badan. Mayat mereka terlantar di ruang tamu rumah.

    Ahmad Nasfy berkata, beberapa jam selepas kejadian itu, tertuduh telah mengaku kepada rakan-rakannya bahawa dia telah membunuh Syed Herie yang juga dikenali sebagai Along Santan.

    “Malah ketika ditahan, polis menjumpai senjata pembunuhan yang masih mempunyai darah di dalam simpanan kamu,” kata Pesuruhjaya Kehakiman itu.

    Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam Hanif Hassan mewakili Azli.

    Persoalannya:
    Dimanakah destinasinya? Syurga atau neraka? Di dunia dia sudah terima hukumannya, di akhirat bagaimana?

    • Gerobak Tua says:

      mudah saja ni ? begini ya brother. Tertuduh telah didapati bersalah kerana membunuh. cukup saksi dan cukup keterangan. bagaimana penghitungannya diakhirat kelak walaupun dia sudah dihukum didunia? Ini bergantung dengan nilai dosanya didunia yang telah dibayar (dihukum didunia). Jika masih ada lebihnya (baki nilai dosanya) ia akan dihitung, maksudnya belum langsai lagi, masih berhutang. Hukuman tersebut mestilah setimpal dengan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah untuk dilaksanakan. Di Malaysia, undang-undang kita bukan mengikut undang-undang Islam. Jadi kita berharap, kepada timpalnya, kalau hukuman itu setimpal, maksudnya kira langsai, kalau tak , masih kira berhutang. Untuk orang ini, bukan dosa membunuh sahaja yang akan dikira, dosa-dosa lain juga akan dikira (kiraan adalah lump sum), pahala juga akan dikira lump sum kemudian baru la ditimbang. walaupun begitu, ia adalah bergantung kepada Rahmat Allah, walaupun anda berdosa sebesar gunung tetapi berpahala sebesar busut, jika Allah merahmatinya, dia akan masuk syurga. Walaupun kita berpahala sebesar lautan dan berdosa sebesar kuman, kalau Allah tidak merahmatinya, belum tentu kita masuk syurga. Sebab tu kami sentiasa memohon rahmat Allah. Jangan la cakap Tuhan tidak adil la dan sebagainya, siapa kita untuk mempersoalkan kehendak Allah. Kami berpegang kepada prinsip, beramal baik sebanyak mungkin, kemudian tawakkal, maksudnya biar la Allah yang menentukannya. itu lah namanya ISLAM (berserah diri kepada ALLAH). segala yang terjadi itu semua atas kehendakNya. manusia langsung tak berupaya. Apa yang boleh dilakukan hanya berusaha sebaik mungkin.

  3. prokatolik says:

    Bagaimana dengan kes ini?

    Ini kisahnya, sumber UM:

    Misi suci ‘bunuh syaitan, dajal’

    Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
    utusanN9@utusan.com.my

    RASAH 11 Ogos – Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini dikejutkan dengan pendedahan seorang saksi yang memberitahu bahawa Rasidi Ismail mendakwa dia bertindak membunuh empat ahli keluarganya demi melaksanakan satu misi suci ‘membunuh syaitan dan dajal’.

    Perkara itu didedahkan oleh Pegawai Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Asisten Supritendan Noor Suran Abdul Wahid ketika disoal balas oleh peguam bela kepada Rasidi, Hanif Hassan.

    HANIF: Ada tanya OKT (orang kena tuduh) kenapa tanam kepala bapanya, Ismail Awang di Shah Alam, Selangor?

    NOOR SURAN: Ada. OKT beritahu ketika itu dia bercelaru.

    HANIF: Ada OKT beritahu bahawa kepala yang dia tanam itu adalah kepala Sayidina Abu Bakar?

    NOOR SURAN: Ada.

    HANIF:Ada OKT beritahu bahawa dia menanam kepala itu bagi menghalang ia diambil oleh syaitan dan dajal?

    NOOR SURAN: Ada.

    HANIF: Ada OKT beritahu bahawa dia ketika itu menjalankan satu misi suci untuk membunuh syaitan dan dajal yang kini banyak di muka bumi ini?

    NOOR SURAN: Ada.

    Saksi pendakwa kesembilan itu juga menyatakan, tertuduh ada memberitahunya bahawa nenek tertuduh, Sufiah Katas, 80, ialah jelmaan syaitan manakala datuknya, Atan Daud, 87, ialah jelmaan dajal.

    Di samping itu, tertuduh mendakwa dia membunuh adiknya, Siti Khadijah Ismail, 22, kerana perlu menyelamatkan mangsa daripada syaitan dan dajal.

    ‘‘Tertuduh juga ada memberitahu sebelum semua mangsa dibunuh, dia telah meminta maaf daripada mereka,’’ kata Noor Suran.

    Rasidi, 32, dibicarakan atas tuduhan membunuh bapanya, Ismail, 76, datuk dan neneknya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, di sini antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.

    Tertuduh yang merupakan penganggur juga dituduh membunuh Siti Khadijah di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan pada masa dan tarikh yang sama.

    Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah Tampin, Asisten Supritendan Khairil Anuar Saidin pula memberitahu, Rasidi berharap agar dia dibunuh ketika bertindak menyerang dua anggota polis bantuan di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 6 Januari lalu.

    Menurut saksi kesepuluh itu, pemuda tersebut memberitahu tindakannya menyerang anggota polis bantuan itu bertujuan agar mereka menyerangnya semula.

    HANIF: Ada dia beritahu tujuan dia menyerang anggota polis bantuan berkenaan supaya dia boleh terbunuh ketika diserang balas?

    KHAIRIL ANUAR: Ada.

    HANIF: Ada OKT beritahu dia mahu mati kerana dia sudah dijatuhkan hukuman mati?

    KHAIRIL ANUAR: Ada.

    Selepas saksi itu selesai memberi keterangan, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin memerintahkan Rasidi membela diri atas tuduhan yang dihadapinya setelah mendapati Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin berjaya membuktikan kes prima facie.

    ‘‘Laporan bedah siasat dan keterangan saksi membuktikan bahawa semua mangsa mati akibat kecederaan yang dialami mereka.

    ‘‘Mahkamah juga mendapati penemuan kepala, rekod percakapan tertuduh dan kelakuan tertuduh jelas menunjukkan niat tertuduh,’’ katanya.

    Komen saya: Masuk islam tidak semestinya confirm masuk syurga.

    • GETAQ says:

      ada beberapa perkara tentang Islam berhubung soal ini.

      -logiknya Dia bersalah. buktinya di telah bunuh ahli keluarganya, betul???

      dalam Islam ada diterangkan perihal perkara semacam ini, kalu anda mencuri anda wajib dihukum potong tangan dan saya percaya dan yakin akan keadilan dalam HUDUD.

      namun demikian perkara yang biasa diambil remeh ialah, adalah diwajibkan kepada semua muslim untuk taubat untuk pengampunan sejati, mintalah ampun daripada ALLAH. Insya-Allah , akan diampunkan. jadi komen tuan saya setuju 100 peratus, semua muslim yakin kami akan mati dan akan bertwmu Tuhan serta akan dibalas apa jua keslahan kami di dunia ini walau sebesar zarah.

      Jaminan Allah ialah Laillahaillah muhammadurrasullulah, kalimat inilah yang melayakkan kami untuk ke syurga Insya-Allah selepas pembalasan selesai. wallahualam.

      Inilah sekelumit pengetahuan saya sebagai muslim moga memberi sekurang-kurangnya kefehaman dan bukan pertentangan.

      • prokatolik says:

        Qetaq kata muslim percaya selepas kematian mereka akan bertemu dengan Allah. Di antaranya ialah perlu menjalani hukuman sesuai perbuatannya di dunia. Maksudnya tiada yang masuk neraka ker?

  4. Gerobak Tua says:

    Tentang hidup kekal.

    Hidup kekal maksudnya, kita akan hidup selama-lamanya. Dimanakah kita hidup kekal? Di alam Akhirat. Semua orang akan hidup kekal di alam akhirat. Di alam akhirat ada 2 tempat yang telah disediakan, syurga dan neraka. Syurga untuk orang yang beriman dan neraka untuk orang yang tidak beriman.

    Dalam Islam, sesiapa yang bertuhankan Hanya pada Allah yang Esa. Ia akan dimasukkan ke syurga. Sesiapa yang percaya bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah , ia dijanjikan syurga. TETAPI syurga itu mempunyai kelas atau tingkatnya. Setiap tingkat adalah mengikut kekuatan iman masing-masing. Tujuan manusia ditempatkan didunia adalah untuk beribadah kepada Allah. Di dalam proses ibadah ini, akan ada ujian yang akan menguji keimanan masing-masing. Adakah semua orang yang mengaku Islam masuk Syurga? Ya selagi dia tidak mensyirikan Allah (menduakan Allah). Sebab syarat utama masuk syurga ialah mentauhidkan Allah (Allah itu satu). Bagaimana dengan yang berbuat dosa, tidak sempat bertaubat? mereka yang berdosa perlu dihukum dahulu, Maksudnya mereka perlu dimasukkan ke neraka dahulu, sehinggalah habis dosanya, baru la dimasukkan ke syurga (mengikut tingkat yang selayaknya). Bagi yang tidak mengakui bahawa Allah itu Tuhan yang satu, mereka akan kekal di neraka hingga berkekalan sebab melanggar syarat kecuali mendapat rahmat dari Allah. Bagaimana dengan mereka yang bukan beragama Islam. Bergantung dengan seruan yang mereka terima. Jika mereka tidak pernah mendengar seruan Islam, contohnya bayi , orang yang tinggal jauh dipelusuk bumi, kanak-kanak yang belum akil baligh, mereka akan terus dimasukkan ke syurga. Hanya manusia yang telah diberitahu tentang Islam sahaja yang akan diperhitungkan. Orang-orang cacat dari kecil, cacat pacaindera penerimaan, terus dimasukkan syurga tak kira agama apa pun dia. Orang yang tinggal dipelusuk hutan pedalaman, yang tak pernah mendengar tentang Islam, juga akan terus masuk syurga. Orang yang tidak waras akal fikirannya sejak lahir juga akan terus masuk syurga.

    Jadi persoalan anda diatas, Dalam Islam, masuk syurga itu pasti. Jadi kenapa umat Islam perlu berdoa untuk dimasukkan ke dalam syurga? sebab kita tidak tahu takdir kita, kita tidak tahu ujian yang bakal kita hadapi esok hari. Kita tidak tahu bagaimana kita dapat mempertahankan iman kita esok hari. Masuk Syurga adalah atas keizinan Allah. Sebab tu, kami banyak menggunakan ucapan Insya-Allah . Maksudnya jika diizinkan Allah. Kami hanya berusaha, tetapi yang menentukan hanyalah Allah. Siapa lah kita dihadapan Allah. Kita ini hanya lah hambaNya yang kecil. Apa kuasa kita terhadap Allah. Kita hanya menurut apa yang diperintahkan Allah. Kami seboleh-bolehnya terus dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga. Bagaimana caranya. Kita kena kumpul amal kebaikan seberapa banyak yang mungkin agar amal baik mengatasi amal buruk. untuk itu disediakan pahala dan dosa. Pahala adalah reward (imbalan) untuk amalan yang menurut perintah Allah manakala dosa adalah reward (imbalan) untuk amalan yang melanggar perintah Allah. Konsepnya sangat mudah.

    • prokatolik says:

      Gerobak tua:
      Jadi persoalan anda diatas, Dalam Islam, masuk syurga itu pasti. Jadi kenapa umat Islam perlu berdoa untuk dimasukkan ke dalam syurga? sebab kita tidak tahu takdir kita, kita tidak tahu ujian yang bakal kita hadapi esok hari. Kita tidak tahu bagaimana kita dapat mempertahankan iman kita esok hari. Masuk Syurga adalah atas keizinan Allah. Sebab tu, kami banyak menggunakan ucapan Insya-Allah . Maksudnya jika diizinkan Allah. Kami hanya berusaha, tetapi yang menentukan hanyalah Allah. Siapa lah kita dihadapan Allah.

      (Dan lagi)
      Kami seboleh-bolehnya terus dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga. Bagaimana caranya. Kita kena kumpul amal kebaikan seberapa banyak yang mungkin agar amal baik mengatasi amal buruk.

      Respon saya:
      Nampak perbezaan kristian dan islam dalam memahami surga dan neraka. Dalam islam masuk syurga adalah pasti tetapi mungkin kena singgah neraka sekejap mengikut tahap hukuman masing-masing. Dalam kristian, neraka adalah kekekalan dan syurga adalah kekekalan. Neraka adalah tempat hukuman kekal. Yesus berkata dalam injil 4 kristian, neraka adalah tempat pembalasan yang kekal dan tiada akan dapat keluar dari sana. Wahai muslim, hati-hati, wahai kristian, hati-hati.

      • Penghibur says:

        @Stephen

        Kalau Oren tetaplah Oren dan kalau Epal tetaplah Epal. memang kena dan baru saya perasan apa maksud 2 jenis buah yang anda bicarakan, bukan kebetulan kedua-dua buah ini tak sama. nah begitulah Nabi Isa a.s (Jesus) TETAPLAH Manusia sehingga ke Hari Kiamat dan Allah swt Tetaplah Tuhan dan BUKAN Manusia.

        “Maka Kalau MANUSIA TETAPLAH MANUSIA dan KALAU TUHAN TETAPLAH TUHAN”

        “Manusia TIDAK AKAN MENJADI TUHAN dan TUHAN BUKANLAH MANUSIA”

        “Allah swt (TUHAN) tetaplah Allah swt iaitu Tuhan Sekalian Alam”

        “Nabi Isa (Jesus adalah MANUSIA) Tetaplah Nabi Isa a.s (Jesus adalah MANUSIA)”

        By, Penghibur

  5. prokatolik says:

    Perumpamaan oren dan epal tidak sesuai untuk hujah anda wahai penghibur…. Yang sesuai ialah jika anda hanya makan oren dan tidak makan epal anda tidak akan tahu sedapnya epal itu.

  6. awi says:

    salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca.

    bersyukur kita kepada Tuhan kerana diberikan kesempatan untuk berdialog dengan cara yang baik tentang ishu keselamatan ini. ishu ini bukanlah sesuatu yang dibuat-buat atau imaginasi saja. bagi pandangan orang Kristian, masuk shurga adalah pasti dan bukanlah mungkin atau kena masuk neraka dahulu untuk proses penyucian dosa. di syurga tidak ada kelas yang Tuhan tetapkan. Yesus adalah jaminan keselamatan itu sendiri. ianya bukan didasarkan kepada amal perbuatan baik kita. haruslah diingat di sini bahawa manusia sudahpun berdosa dan juga kehilangan kemuliaan Allah, (Roma 3:23).

  7. Assalam mualaikum dan Salam Sejahtera semua,

    Pandangan saya, Kristian atau Islam tiada yang pasti 100% masuk syurga jika hanya menganut atas nama sahaja. Yang pasti iman dan amalan hidup seseorang itu pasti akan dihakimi oleh Allah selepas kita mati. Tiada seorang pun diantara kita manusia yang layak untuk mengatakan siapa diantara kita akan ke syurga atau neraka.

    Mengenai hukuman gantung atau bunuh, saya kurang bersetuju kerana kita telah munutup pintu taubat seseorang itu sebelum dia sempat melakukannya. Mungkin penjara seumur hidup adalah jalan yang terbaik.

    May God Bless and Wassalam.
    Freedy M.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s