Syukur kepada Allah yang Maha Kuasa atas terbitnya blog ini

Posted: June 23, 2010 in Uncategorized
Tags: , ,

Salam sejahtera semua. Blog ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan dialog antara kristian dengan muslim. Apabila perkatakan kristian, ianya bukan merujuk kepada triniti sahaja atau katolik sahaja tetapi lebih dari itu. Harus difahami bahawa kristian itu bukan hanya gereja katolik tetapi lebih dari pengetahuan saya sendiri. Saya menyenaraikan dinominasi kristian itu 20 tetapi rupanya lebih dari 20. Inilah yang menjadi masalah apabila berdepan dengan muslim. Pihak kristian mempunyai berbagai-bagai pemahaman yang berbeza sehingga mencerminkan pandangan sinis dari sudut sahabat muslim kita. Saya pemilik blog ini adalah dari gereja katolik. Saya dibaptis sejak kecil dan menerima sakramen penguatan pada tahun 2000.

Kenapa saya gelar blog ini Prokatolik? Kerana dalam membidas fakta, saya lebih dekat dengan cara kristian katolik. Dan saya tidak mempunyai maklumat yang banyak tentang kristian dinominasi lain. Kalaupun ada, melalui carian di internet dan maklumat dari rakan terdekat. Sekian. Harap blog ini memberi manfaat yang baik kepada kita semua. Kepada rakan-rakan blogger dari mana pun fahaman agama, diharapkan dapat mejaga tatasusila yang baik kerana tulisan yang mencaci maki atau lari dari topik perbincangan blog ini akan dipadamkan. Untuk makluman juga, blog ini tidak berniat negatif tetapi sejujurnya mencari persefahaman demi memajukan negara kita Malaysia. Apabila perlembagaan katakan isu agama adalah isu sensitif, semua orang takut membincangkannya sehinggakan berlaku perkara yang tidak diingini. Semoga blog ini menjadi medan dialog yang baik dan membuka jalan kepada perbincangan yang lebih luas dari pihak atasan masing-masing.

Comments
  1. prokatolik says:

    Salam sejahtera. Gelanggang blog ini dibuka dengan rasminya. Selamat berblogger demi keamanan dan kemakmuran negara kita Malaysia.

    • Ahmad Nizam says:

      Salaam. Hehe, Steph kata di atas, tulisan mencaci-maki akan dipadamkan . Sedangkan Stephen sendiri sentiasa pergi ke blog saya di HIKMATUN dan mencaci maki saya , muslim, Nabi Muhammad S.a.w dan Islam. Adil kah begitu Steph?

      Saya harap kamu tidak DELETE apa2, BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana SALAH. Saya tidak pernah DELETE caci maki kamu di blog saya Steph🙂

      • prokatolik says:

        Nickname saya prokatolik, saya baru saja dipanggil nama stephen. Mungkin akan mengelirukan rakan2 blog di Hikmatun tetapi harap2 saudara ahmad nizam dapat beritahu mereka. Untuk blog ini saya akan guna nickname saya sahaja. Harap rakan blogger guna nickname ini apabila berurusan.

        Mungkin blog ini 100% tidak disunting, sebagai menyahut cabaran BERANI KERANA BENAR. Saya menulis di blog hikmatun untuk menyampaikan mesej, ia bukanlah caki-maki. Itu tandanya sayang kepada sesama manusia, maklumlah masing-masing percaya mereka benar tetapi kesudahannya isu tidak pernah selesai.

  2. Ahmad Nizam says:

    Memberitahu KEBENARAN dengan berhujjah Stephen, bukan dengan menuduh melulu, mencaci-maki orang tak tentu pasal, marah membabi-buta, fitnah-memfitnah dsbnya. Jika asyik menuduh dan memburukkan peribadi orang, itu bukan MEMBERITAHU KEBENARAN namanya, itu namanya dihasut oleh Pak HItam 🙂

    Nama kamu kan Stephen so biar lah saya panggil Stephen je, baru tidak bertukar2 di Hikmatun dan di sini 🙂

  3. Penghibur says:

    @All

    Ni bro Stephen ni tetap menegakkan Ilmu KAFIR, tak payahlah nak menentang Ilmu Islam, sampai Kiamat anda tidak mampu.

    Nak dialog islam Kristioan, cuba huraikan Kitab Kejadian tentang Penciptaan Langit! Kalau dah bab ini pun FAILED, apatah lagi Kisah penyaliban Jesus (a.s) berdasarkan Kitab Bible (Kitab Buatan Hasil Pemikiran Penyembah Berhala)

    Mohon perhatian.

    By, Penghibur

    • prokatolik says:

      Penghibur bangkitkan hal kitab kejadian di tajuk ini. Tunggu akan dibuka tajuk bagi penciptaan langit dan bumi. Jangan di tajuk ini. Ini hanya tajuk pembuka kata. Apa pun untuk membidas persoalan ini, umat kristian (sama ada katolik dan bukan katolik) tetap berpendirian yang sama. Umat kristian kena yakini hal penciptaan 6 hari itu. Walaupun dibidas pihak muslim sebagai gagal. Kerana menurut alkitab kristian, tumbuh-tumbuhan dicipta dulu, matahari dicipta kemudian. Pengguna kristian tetap yakin, demikianlah semua diciptakan. Beza harinya hanya sehari. Pengetahuan Allah dengan manusia tidak sama. Proses fotosentesis bukan hal yang muktamad ttg penciptaan sebenar Allah. Ia sama halnya dengan penciptaan sebuah rumah. Rumah bata dibina dari bawah ke atas, tetapi rumah papan dibina atapnya dulu. Ini contoh sahaja untuk mengajak manusia berfikir.

  4. Penghibur says:

    @Stephen

    Blog ni sama pengecut dengan blog katolik.wordpress.com, bila orang islam yang mengetengahkan hujah berdasarkan Al-Quran, semua dimoderasi, cuba kalau dari umat Kristian menggunakan terjemahan Al-Quran berdasarkan nafsu, wah BUKAN MAIN, 100% DIJAMIN TANPA MODERASI.

    Maklum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s