Alkitab kristian bukan untuk bacaan muslim. Bila orang islam kata injil 4 diputar-belit oleh paulus, orang kristian terkejut dan tercabar? Bukankah paulus hanya menulis di 13 bab kata orang kristian?

Posted: June 26, 2010 in debat agama, dialog agama, islam, katolik, kristian

Apabila saya lihat alkitab saya, isi kandungannya ialah:

1. Perjanjian lama, ada 39 bab

2. Deuterokanonika, ada 10 bab

3. Perjanjian baru, ada 4 injil, 1 kisah para rasul, 13 surat kiriman paulus, 1 ibrani tidak diketahui penulisnya, 7 bab ditulis oleh 4 nama berbeza dan yang terakhir 1 wahyu.

Sesetengah pendebat islam kata paulus telah memutar belitkan injil 4 (matius, markus, lukas dan yohanes). Bagaimana pihak kristian menjawab hal ini jika pengetahuannya paulus tidak ada kena mengena dengan penulisan injil 4? Menurut keyakinan saya sendiri, paulus hanya terlibat dalam surat tulisannya sahaja, bukannya pada injil 4.

Comments
  1. Oremust says:

    Gereja (dan Tradisi Suci) wujud lebih dahulu daripada Alkitab. Pada zaman awal, Perjanjian Lama hanya dimilliki oleh ahli-ahli agama dan tidak mungkin dimiliki oleh orang kebanyakan. Iman Katolik disebarkan melalui ajaran Gereja, seperti dalam penyampaian khutbah pada hari Minggu.

    Apabila Gereja menerbitkan Alkitab, maka autoriti untuk mentafsir Alkitab dipegang oleh Gereja. Buat masa kini, Alkitab yang disahkan paling tepat dan bebas daripada kesalahan ialah Alkitab Douay-Rheims yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

    [http://www.drbo.org/]

    [Alkitab terjemahan lain seperti bahasa Indonesia dan Malaysia, tidak pernah disahkan oleh Gereja sebagai terjemahan paling tepat dan bebas daripada kesalahan].

    Kesimpulan di sini ialah Alkitab hanya boleh ditafsirkan secara kebal salah (infallible) oleh Gereja. Tafsiran peribadi oleh mana-mana pihak adalah bersifat ‘peribadi’ dan tidak bebas daripada kesalahan. Pendapat pemikir ‘pandai’ Islam tidak membawa apa-apa makna, pendapat mereka hanyalah sekadar pendapat manusiawi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s