Archive for July 1, 2010

Apabila muslim mengatakan islam telah ada sejak zaman Yesus, zaman Musa, zaman Bapa Abraham, zaman Nuh, zaman Adam, tentulah sangat menimbulkan kesangsian pihak kristian. Apa lagi muslim mengatakan Yesus, Musa, Abraham dan Adam (Nabi) sebagai beragama islam. Bukti adalah melalui al quran kata orang muslim. Masalahnya, pihak kristian tidak mengiktiraf fakta al quran sebagai benar. Pihak muslim sungguh-sungguh menjelaskan bahawa al quran adalah benar tetapi pihak kristian sangat sukar untuk mempercayainya. Memang fakta sejarah al quran dengan alkitab kristian sangat berbeza. Dari hal penciptaan manusia pertama pun berbeza. Saya mengatakan demikian berdasarkan carian di wikipedia.

Kenapa tajuk apa itu islam menurut pandangan kristian diangkat? Kerana pihak muslim harus diberitahu bagaimana pihak kristian melihat islam. Mungkin muslim tidak menyedari bagaimana kristian melihat islam secara umum. Menurut saya, islam itu ialah:

1. Agama rasmi di Malaysia

2. Percaya kepada Al Quran dan Hadith

3. Sembahyang 5 waktu

4. Percaya rukun iman dan rukun islam

5. Sembahyang di masjid pada hari jumaat

6. Bertudung bagi wanita, bersongkok bagi lelaki

7. Menyambut hari raya aidil fitri dan aidil adha

8. Berpuasa sebulan di bulan ramadhan

9. Menunaikan umrah dan haji bagi yang mampu

10. Menunaikan zakat

11. Sangat menghormati al quran, sangat sensitif jika bukan islam menyentuh walau 1 huruf al quran

12. Diasaskan oleh nabi Muhammad sejak pewahyuan di Gua Hira

13. Wujud sekitar tahun masihi 610 dan bukannya sejak manusia pertama Nabi Adam

14. Berkhatan

15. Menganggap nabi mereka sebagai nabi terakhir dan menyempurnakan ajaran nabi-nabi terdahulu yang ternyata bercanggah dalam alkitab kristian

16. Tidak mengiktiraf alkitab yang wujud hari ini kerana dianggap palsu

17. Menganggap injil adalah dalam bentuk nashkah bukannya kisah hidup Yesus seperti dalam injil Matius, Lukas, Markus dan Yohanes

18. Menganggap Paulus dan Petrus sebagai Dajjal atau AntiKristus yang telah menyesatkan kristian

19. Tidak percaya kisah kematian Yesus dalam injil 4 kristian

20. Menganggap Injil Barnabas sebagai injil yang asli

21. Di Malaysia, selain cara mazhab shafie dianggap ajaran sesat

22. Menganggap golongan syiah dengan ahli sunnah umpama golongan katolik kristian dengan ortodoks.

23. Seolah-olah sejarah nabi-nabi yahudi dicuri oleh pendakwa dan sejarahwan islam

24. Percaya asal masuk islam, dijamin masuk syurga

25. Jikapun mempunyai dosa dan masuk neraka, sampai tempoh masa hukuman akan masuk syurga

26. Percaya selain islam adalah kafir

27. Kristian adalah kafir

28. Kristian yang ada sekarang bukan nasrani

29. Muslim adalah umat pilihan Allah

30. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah untuk seluruh alam, semua manusia

31. Selain islam adalah masuk neraka

32. Manusia diciptakan menjadi khalifah

33. Arak dan judi adalah haram

34. Sangat menjaga kebersihan

35. Mengucap salam apabila menyapa rakan

36. Mengebumikan mayat secara kafan dan tanpa keranda

37. Golongan pelampau islam telah mencacatkan keindahan yang ada dalam islam

38. Masih ramai umat islam yang percaya kepada tahyul dan mengamalkan ilmu khurafat / ilmu hitam / bomoh, terutamanya pengaruh dari Indonesia

39. Seolah-olah ahli tafsir al quran memutar-belit fakta sejarah supaya mengikut cara islam

40. Nabi Muhammad dan islam dianggap sebagai antikristus kerana menyangkal fakta penyaliban Yesus

Nanti disambung. Kepada umat kristian yang ada info tambahan, silalah kongsikan pandangan anda supaya umat islam dapat memahami bagaimana pihak kristian melihat mereka.