Islam dari pandangan mata kasar kristian?

Posted: July 1, 2010 in debat agama, dialog agama, islam, katolik, kristian

Apabila muslim mengatakan islam telah ada sejak zaman Yesus, zaman Musa, zaman Bapa Abraham, zaman Nuh, zaman Adam, tentulah sangat menimbulkan kesangsian pihak kristian. Apa lagi muslim mengatakan Yesus, Musa, Abraham dan Adam (Nabi) sebagai beragama islam. Bukti adalah melalui al quran kata orang muslim. Masalahnya, pihak kristian tidak mengiktiraf fakta al quran sebagai benar. Pihak muslim sungguh-sungguh menjelaskan bahawa al quran adalah benar tetapi pihak kristian sangat sukar untuk mempercayainya. Memang fakta sejarah al quran dengan alkitab kristian sangat berbeza. Dari hal penciptaan manusia pertama pun berbeza. Saya mengatakan demikian berdasarkan carian di wikipedia.

Kenapa tajuk apa itu islam menurut pandangan kristian diangkat? Kerana pihak muslim harus diberitahu bagaimana pihak kristian melihat islam. Mungkin muslim tidak menyedari bagaimana kristian melihat islam secara umum. Menurut saya, islam itu ialah:

1. Agama rasmi di Malaysia

2. Percaya kepada Al Quran dan Hadith

3. Sembahyang 5 waktu

4. Percaya rukun iman dan rukun islam

5. Sembahyang di masjid pada hari jumaat

6. Bertudung bagi wanita, bersongkok bagi lelaki

7. Menyambut hari raya aidil fitri dan aidil adha

8. Berpuasa sebulan di bulan ramadhan

9. Menunaikan umrah dan haji bagi yang mampu

10. Menunaikan zakat

11. Sangat menghormati al quran, sangat sensitif jika bukan islam menyentuh walau 1 huruf al quran

12. Diasaskan oleh nabi Muhammad sejak pewahyuan di Gua Hira

13. Wujud sekitar tahun masihi 610 dan bukannya sejak manusia pertama Nabi Adam

14. Berkhatan

15. Menganggap nabi mereka sebagai nabi terakhir dan menyempurnakan ajaran nabi-nabi terdahulu yang ternyata bercanggah dalam alkitab kristian

16. Tidak mengiktiraf alkitab yang wujud hari ini kerana dianggap palsu

17. Menganggap injil adalah dalam bentuk nashkah bukannya kisah hidup Yesus seperti dalam injil Matius, Lukas, Markus dan Yohanes

18. Menganggap Paulus dan Petrus sebagai Dajjal atau AntiKristus yang telah menyesatkan kristian

19. Tidak percaya kisah kematian Yesus dalam injil 4 kristian

20. Menganggap Injil Barnabas sebagai injil yang asli

21. Di Malaysia, selain cara mazhab shafie dianggap ajaran sesat

22. Menganggap golongan syiah dengan ahli sunnah umpama golongan katolik kristian dengan ortodoks.

23. Seolah-olah sejarah nabi-nabi yahudi dicuri oleh pendakwa dan sejarahwan islam

24. Percaya asal masuk islam, dijamin masuk syurga

25. Jikapun mempunyai dosa dan masuk neraka, sampai tempoh masa hukuman akan masuk syurga

26. Percaya selain islam adalah kafir

27. Kristian adalah kafir

28. Kristian yang ada sekarang bukan nasrani

29. Muslim adalah umat pilihan Allah

30. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah untuk seluruh alam, semua manusia

31. Selain islam adalah masuk neraka

32. Manusia diciptakan menjadi khalifah

33. Arak dan judi adalah haram

34. Sangat menjaga kebersihan

35. Mengucap salam apabila menyapa rakan

36. Mengebumikan mayat secara kafan dan tanpa keranda

37. Golongan pelampau islam telah mencacatkan keindahan yang ada dalam islam

38. Masih ramai umat islam yang percaya kepada tahyul dan mengamalkan ilmu khurafat / ilmu hitam / bomoh, terutamanya pengaruh dari Indonesia

39. Seolah-olah ahli tafsir al quran memutar-belit fakta sejarah supaya mengikut cara islam

40. Nabi Muhammad dan islam dianggap sebagai antikristus kerana menyangkal fakta penyaliban Yesus

Nanti disambung. Kepada umat kristian yang ada info tambahan, silalah kongsikan pandangan anda supaya umat islam dapat memahami bagaimana pihak kristian melihat mereka.

Comments
  1. asya says:

    salam sejahtera buat saudara/saudari…
    alhamdulillah,,anda sedang mengkaji islam..mencari makna sebenar islam..itulah hakikat yang perlu kita lakukan..

    untuk melihat makna islam sebenar seharusnya berbalik pada al-quran dan hadis-hadis sahih kerana itulah panduan bagi muslim seperti saya..saya bukanlah seorang yang baik untuk dijadikan contoh dan untuk melihat contoh islam yang sebenar hendaklah merujuk kepada peribadi nabi muhammad saw itu sendiri..

    saudara/saudari,
    islam maksudnya ialah berserah diri kepada ALLAH. Jadi, selagi seseorang itu tunduk dan berserah diri kepada ALLAH maka dia itu islam. Nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Musa, Nabi Daud dan termasuklah Nabi Isa as (jesus) adalah islam kerana merekaa itu tunduk dan berserah diri kepada ALLAH.

    saya ada terbaca dalam satu blog dimana dia menyangkakan bahawa al-quran menceritakan perjalanan kehidupan nabi muhammad saw seperti kebanyakan bible atau kitab2 lain kerana dia mempercayai al-quran itu adalah kata2 manusia. Memang secara logik akal, jikalau al-quran itu adalah kata2 manusia, di dalamnya pasti terkandung kisah2 bagaimana nabi muhammad menerima wahyu dari ALLAH dan menceritakan apakah reaksi baginda ketika menerima wahyu tersebut, atau kisah baginda bersama-sama dengan isterinya dan anaknya, atau sekurang-kurangnya ada surah2 yang tajuknya berdasrkan nama2 isteri kesayangan baginda seperti khadijah. Bukalah al-quran dan bacalah, fahamilah dengan hati. Sebaliknya al-quran tidak menceritakan semua itu bahkan menceritakan kisah2 nabi2 yang terdahulu bersama umatnya dan terdapat pula surah maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa as yang menceritakan secara terperinci tentang kejadian yang sebenarnya tidak seperti bible anda.

    Di dalam al-quran turut menceritakan proses pembentukan manusia dan diperakui oleh ahli saintis terkemuka tentang kebenarannya beberapa tahun dahulu sedangkan nabi muhammad saw telah menceritakannya 1400 tahun dahulu dimana tiada alat2 yang canggih seperti sekarang untuk mengkajinya sewaktu 1400 tahun dahulu. Bahkan nabi muhammad menceritakan secara terperinci. Ini menunjukkan bahawa ini adalah kata2 ALLAH kerana ALLAH lebih mengetahui penciptaan manusia kerana ALLAH adalah pencipta kita semua.

    sekiranya benar bahawa al-quran itu adalah kata-kata daripada nabi muhammad, mana mungkin baginda mampu menceritakan keadaan di lautan dengan tepat tanpa ada sebarang pengalaman tentangnya kerana baginda tinggal di kawasan yang sangat jauh sekali dengan laut. Anda boleh rujuj dalam al-quran surah an-Nur ayat 40.

    jikalau anda memerhati al-quran dengan terperinci, al-quran sering mencabar kita dengan masa hadapan. Cuba anda perhatikan surah al-Masad di mana di dalam surah ini menceritakan tentang abu lahab yang telah dijanjikan neraka baginya kerana kejahatan yang dilakukan olehnya. Tapi apa yang menarik di sini, surah tersebut diturunkan 10 tahun sebelum kematian abu lahab. Dalam waktu yang sangat panjang itu, abu lahab boleh memusnahkan islam dalam sekelip mata dengan hanya memeluk islam dan berbuat baik terhadap orang islam ketika itu dan menyatakan bahawa nabi muhammad silap kerana ketika itu dia sudah memeluk islam. Namun itu tidak berlaku selama 10 tahun kehidupannya. Mana mungkin nabi muhammad sanggup mempertaruhkan dirinya dalam waktu yang sangat lama itu jikalau benarlah al-quran itu kata-kata manusia. Tetapi nabi muhammad berani mempertaruhkan masa hadapan kerana al-quran adalah kata-kata ALLAH dan ALLAH Maha Mengetahui.

    saudara/saudari,
    saya rasa kalu hendak berbicara bukti2 bahawa islam adalah agama yang sebenar, memang panjang berjela lah comment saya ini. Cuba anda cari kisah dr gary miller dimana dia dahulu seorang kristian yang suatu ketika dahulu ingin menjatuhkan islam lantas mencari mana-mana kesalahan di dalam al-quran tetapi beliau telah masuk islam setelah mengkaji al-quran itu sendiri. Sememangnya bukan semua umat islam kini mampu dijadikan contoh dan menggambarkan keindahan islam itu sendiri. Tetapi kita sendirilah yang perlu mencari keindahannya dan melihat sekeliling kita akan bukti–bukti kebesaran ALLAH.

    May ALLAH guide you..amiinnnn

  2. prokatolik says:

    asya, saudara/i mengulas (islam) berkenaan al quran dan hadis berdasarkan ajaran guru agama anda ataupun menurut pembacaan anda sendiri? Ada ayat al quran (terjemahan) yang pada saya berbeza makna berbanding penjelasan muslim sendiri. Dulu. saya hampir menamakan teks al quran itu umpama buku sejarah melayu dan hadis itu hikayat hang tuah. Dan Hikmatun (blog) sangat tidak bersetuju.

  3. pengikut cinta says:

    menjawab kepada komen asya ;

    minta maaf sekiranya saya tidak bersetuju dengan keterangan anda di atas.
    “Sebaliknya al-quran tidak menceritakan semua itu bahkan menceritakan kisah2 nabi2 yang terdahulu bersama umatnya dan terdapat pula surah maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa as yang menceritakan secara terperinci tentang kejadian yang sebenarnya tidak seperti bible anda.”

    “Ketika menulis Qur’an, Muhammad mendapatkan banyak kemudahan dari
    pengetahuannya tentang kisah² para Nabi Yahudi. Zain bin Thabit [12], seorang juru tulis
    Qur’an berkata:
    ‘Aku diperintahkan Muhammad untuk belajar bahasa Syria (serumpun dengan bahasa
    Aramaik, yakni bahasa yang digunakan Alkitab, orang² Syria, dan orang² Kristen Iraq)
    dan Muhammad membayarku untuk melakukan hal ini dan aku jadi sangat menguasai
    bahasa itu. Aku sering menulis pada Muhammad dalam bahasa ini dan membacakan
    baginya buku² mereka.’
    [12] Al Sira Al Nabawuya (Al Halabiya) Khaffaji Al Halabi, bab 3, hal. 327.
    Muslim melebih-lebihkan makna ‘buku-buku mereka’ sebagai surat-surat mereka, tapi kata ‘Katab’
    dalam bahasa Arab berarti kitab suci mereka. Penjelasan ini menerangkan bagaimana
    Muhammad mengetahui kisah² para Nabi Yahudi dan karenanya kisah² Nabi tersebut
    mirip dalam Qur’an dan Alkitab. Muhammad seringkali mengisi Qur’annya dengan
    kisah² Nabi Yahudi yang diulangnya berkali-kali. Dia menyebut Musa 96 kali dalam
    Qur’an, tapi kamu akan menyedari bahwa kisah² ini penuh tambal sulam tanpa ada awal
    dan kaitan yang jelas. Kisah² muncul dan tiba² menghilang dengan gaya yang sama,
    lalu muncul lagi di ayat berikut dalam Sura yang sama. Urutan kisah² tidak menunjukkan
    adanya kelangsungan, kaitan, dan kesinambungan cerita. ”

    kalau kita lihat sejarah “Nabi Muhammad” kamu, (sebab saya tidak pernah menganggap nya nabi- sepertimana kamu menjatuhkan status Tuhan Yesus kepada hanya nabi kepada kamu- jadi jangan marah) – latar belakang didikan agama beliau adalah Agama Hanif (pada masa itu)… jadi apa yang kita lihat Islam adalah kesinambungan (atau upgrade version agama hanif berdasarkan pemikiran Muhammad) : itu pendapat saya… tak usah saya terangkan disini… anda cari sendiri sejarah (keadaan semasa islam mula bertapak di muka bumi ini)

  4. Isa says:

    Orang pertama diciptakan allah SWT adalah nabi Adam As. dan orang pertama yang pernah merasakan hidup disurga… waktu disurga dia melihat tulisan allah dan muhammmad.
    Nabi musa berdoa untuk bisa menjadi umat muhammmad SAW Karena apa?? ( Coba Cari Tahu )
    dan nabi Isa akan turun pada akhir dunia untuk meluruskan kebenaran agama yang Haq.

    kalau susah dimengerti belajarlah alqur’an ( mengerti arti kata2 tertulis didalamnya ) dan bandingkan dengan kitabmu…. apa bisa mewakili keadaan sekarang dan yang akan datang walaupun secara ilmiah .

    coba anda lebih kritis dan tempatkan anda posisi netral
    coba cari tahu Siapa Muhammad baca juga biografinya sebelum dia menjadi rasul dan setelah menjadi rasul . juga sejarah keadaan waktu itu ( di arab ataupun sekitarnya )

    mengapa muhammad Saw menjadi nabi terakhir ?

  5. memet says:

    bertobatlah. minta ampun kepada Allah SWT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s