Kemampuan ahli tafsir mentafsir makna ayat di al quran dipersoalkan oleh pihak kristian

Posted: July 3, 2010 in debat agama, dialog agama, islam, katolik, kristian

Apabila munafik ditafsirkan sebagai yahudi dan nasrani ditafsir sebagai fanatik, ada sesuatu yang tidak enak dalam hati saya. Melalui tafsiran di laman web yang lain, munafik dan fanatik ini tidak ditafsir sebagai yahudi dan nasrani. Ini menimbulkan banyak kekeliruan dan boleh jadi isu lain. Pemahaman umat islam sebagai ISLAM membawa maksud tunduk @ patuh kepada Tuhan pencipta langit dan bumi akan diragui apabila dikaitkan dengan maksud ajaran yang lurus.

Banyak lagi tafsiran yang boleh kristian pertikaikan. Sesiapa ada maklumat silalah kemukakan di sini. Tujuan supaya kristian dan muslim boleh study sama-sama. Mana tahu oooya kan, kata salah seorang.

Tanda kurungan dalam tafsiran al quran, banyak yang boleh membantu dan banyak yang seolah-olah tidak kena dengan maknanya. Penyediaan ruang lingkup untuk membincang hal ini adalah idea yang baik. Apabila ada keperluan dimasa hadapan, sumber di sini boleh dirujuk.

Umat islam mungkin tidak menyedari hal ini, tetapi banyak umat kristian menyimpan pertanyaan ini dalam hati mereka. Tafsir al quran boleh diacces di internet, maklumat di hujung jari. Tanda kurungan boleh menjadi isu yang besar dalam membincang islam dan al quran.

Betulkah apa yang dalam tanda kurungan menerangkan maksud yang tepat dalam ayat al quran itu? Jika ada 20 tafsir tidak betul bermakna telah ada 20 kesesatan (dalam bahasa mudah, kekeliruan) telah berlaku dalam ajaran tersebut. Dan 20 ajaran itu diajar terus-menerus dari generasi ke generasi. Kesannya boleh jadi sangat tragis.

Comments
  1. GETAQ says:

    tuan,
    bahasa arab nie lain nahunya, perbendahaan katanya amat luas, kalau pokok kurma itu buah yang masak, buah yang baru berputik, buah sedang2 masak ada nama khusus tanpa perlu ada sebutan (yang masak), (yang baru berputik), (yang sedang-sedang). saya x pandai bahasa arab tapi tanya kawan yang pandai berhubung kurungan dalam terjemahan Al-Quran. tuan dah tanya belum??? ini supaya tuan puas hati, lagi baik tanya kawan yang pandai bahasa arab beragama kristian.

    itu saja moga jadi penerangan bukan penetangan.

  2. prokatolik says:

    Sesama islam pun berbagai-bagai versi tafsir kan? Sehingga merisaukan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s