Pertikaian apa agama Nabi Ibrahim @ Bapa Abraham belum selesai antara Yahudi, Kristian dan muslim

Posted: July 4, 2010 in debat agama, dialog agama, islam, katolik, kristian

Apabila melihat di wikipedia (malaysia), catatan sumber islam menyatakan Nabi Ibrahim menentang penyembahan berhala kaumnya sehingga membawa kepada peristiwa Baginda dibakar hidup-hidup. Kaumnya menyembah berhala @ dewa-dewa. Sedangkan Nabi Ibrahim percaya kepada satu kepercayaan iaitu PERCAYA KEPADA TUHAN PENCIPTA LANGIT DAN BUMI yang merujuk kepada agama samawi.

Lihat bagaimana kepercayaam muslim berdasarkan kepercayaan mereka berkenaan Nabi Ibrahim @ Bapa Abraham, untuk kita kaji:

Agama Nabi Ibrahim

Sebelum kedatangan Islam dengan membawa Al-Quran, kaum Yahudi dan Kristian sering bertelingkar mengenai status agama Nabi Ibrahim a.s. yang sebenarnya.Namun begitu turunnya ayat Allah untuk menerangkan perihal agama Nabi Ibrahim serta pegangan Akidah Tauhidnya:

Firman Allah SWT yang bermaksud:

  • “Wahai Ahli Kitab!(Yahudi dan Kristian) Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang(agama)Nabi Ibrahim,padahal Taurat(Torah) dan Injil (Gospel) tidak diturunkan melainkan kemudian(lewat)daripada (zaman)Ibrahim;patutkah(kamu berdegil sehingga)kamu tidak mahu menggunakan akal?”
  • “Ingatlah!Kamu ini orang-orang(bodoh),kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya(yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat),maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengan nya? Dan (ingatlah),Allah mengetahui(hakikat yang sebenarnya)sedang kamu tidak mengetahuinya.”
  • “Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi,dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian,tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (Hanif)(yang mendengar dan patuh/taat serta berserah bulat-bulat kepada Allah),dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik(golongan yang menyekutukan Allah).”
  • “Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya)ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi(Muhammad)ini serta orang-orang yang beriman(umatya umat Islam).Dan (ingatlah),Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang yang beriman.”

Surah Ali-Imran(ayat 65-68)Al-Quran.

Ulasan saya: Jika Hukum Taurat dan Injil datang kemudian, apa lagi al quran datang sangat lewat. Jangan mendakwa al quran menghapus kitab-kitab sebelumnya. Ini tipu daya yang sangat bijak yang sukar diterima dari pihak kristian. Apabila asas kepercayaan Bapa Abraham adalah percaya kepada Tuhan pencipta langit dan bumi, kepercayaan umat islam Nabi Muhammad pula berbeza; harus ada pengakuan Nabi Muhammad sebagai nabi. Sedangkan Bapa Abraham tidak sezaman dengan Muhammad. Asas kepercayaan Agama Abraham dengan agama fahaman Muhammad adalah berbeza dan automatik dakwaan pendebat islam adalah salah. Mari kita fikir bersama-sama.

Comments
  1. prokatolik says:

    Lihatlah betapa banyaknya tanda kurungan pada tafsir al quran itu? Adakah tafsiran itu betul? Tanda kurungan itu adalah tafsiran manusiawi semata-mata. Manusia bukan Tuhan pencipta langit dan bumi. Mana orang kena ikut? Ayat manusiawi (tanda kurungan) atau ayat Allah?

  2. prokatolik says:

    Adalah menjadi keperluan makna HANIF diketengahkan untuk dialog @ debat.

    Lihat juga melalui wikipedia, pengaruh makna fahaman HANIF ini menurut pendebat islam:

    Senarai pengikut ajaran Hanif (sebelum seruan Rasulullah)
    Nabi Ibrahim
    Nabi Ismail
    Hashim ibn Abd al-Manaf
    Abdul Muttalib
    Abdullah bin Abdul Muthallib
    Abu Talib
    Muhammad bin Abdullah @ Nabi Muhammad S.A.W.
    Ali bin Abi Talib
    Said ibn Zayd
    Manakala empat sahabat di Mekah yang pernah mengikuti ajaran Hanif mengikut rekod catatan dari Ibnu Ishaq:

    Zaid ibn Amr ibn Nufail: memilih agama Islam dan menolak kedua-dua agama Yahudi dan Kristian. [2]

    Waraqah ibn Nawfal: memeluk agama Kristian, kemudian bersetuju memeluk agama Islam [2]

    Uthman ibn Huwarith: berhijrah ke bumi taklukan Empayar Byzantine kemudian memeluk agama Kristian. [2]
    Ubayd-Allah ibn Jahsh: asalnya pemeluk agama Islam, kemudian berhijrah ke Abyssinia atauHabsyah lalu memeluk agama Kristian. [2].

    Ulasan saya: Tidak tertulis satu pun nama-nama Nabi Israel. Kenapa pendebat islam mahu mengakui Nabi Daud, Salomo @ Sulaiman, Nabi Musa, Nabi Ayub sebagai beragama islam? Lihatlah makna hanif itu sendiri. Dapat dibuat tafsiran bahawa pemaksaan fakta Nabi Isa sebagai islam adalah satu usaha licik untuk menambah pengikut. Yang sangat menyedihkan tafsir dalam kurungan di al quran itu banyak lari dari maksud sebenar atau makna tidak/kurang tepat. Jika kesannya adalah kebaikan tidak mengapa tetapi turut menghasilkan fahaman berlagak sombong.

  3. Penghibur says:

    @Stephen

    Room orang sakit jiwa, tak perlu dilayan, ambil separuh-separuh, saya dah katakan baik bertanya pada kami umat Islam, tak perlu susah payah!

    benda ni telah dijelaskan berdasarkan Al-Quran berdasarkan konteks Al-Quran itu sendiri melaui Perjanjian Para nabi! kenapa menolak?

    sila baca hadiah saya kepada kamu;

    http://penghibur114.wordpress.com/2010/06/30/agama-para-nabi-adalah-islam/

    By, Penghibur

  4. prokatolik says:

    Ini adalah hujah pendebat muslim kenapa mereka mengatakan nabi-nabi sebelum Muhammad adalah islam, mari kita lihat apa kata mereka:

    (1) NABI TIDAK PERNAH MINTA DISEMBAH SEPERTI TUHAN

    Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam? (Surah Ali’Imran 3:79-80)

    (2) PERJANJIAN PARA NABI

    Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang MENGESAHKAN apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.” (Surah Ali’Imran 3:81)

    (3) UMAT ISLAM BERIMAN KEPADA AJARAN NABI-NABI SEBELUMNYA

    Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, DAN SEKALIN NABI-NABI DARI Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)”. Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Surah Ali’Imran 3:83-85)

    PERHATIAN : Perkataan ARAB yang digunakan untuk menjelaskan Agama Para nabi adalah “MUSLIMUN”. Sila rujuk TEKS Quran.

    (4) AGAMA NABI IBRAHIM A.S

    (Surah Al-Baqarah 2:130-140)

    (130) Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

    (131) (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

    PERHATIAN : ISLAM bermaksud “Tunduk”, “Patuh”, “Berserah Diri” HANYA KEPADA Allah swt SAHAJA. Untuk lebih maklum rujuk TEKS Quran. Untuk menjelaskan maksud Berserah Diri di dalam ayat tersebut Allah swt menggunakan perkataan “ASLIM”, ASLAMTU”.

    (132) Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka JANGANLAH KAMU MATI MELAINKAN KAMU DALAM AGAMA ISLAM”.

    PERHATIAN : Dalam ayat ini perkataan yang kita dapat baca adalah “WA ANTUM MUSLIMUN”. Nabi Ibrahim berpesan kepada anak cucunya supaya JANGN MATI KECUALI DALAM MEMELUK AGAMA ISLAM. Ayat yang sangat jelas.

    (133) (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”.

    PERHATIAN : Dalam ayat ini perkataan yang kita dapat baca adalah “WA NAHNU LAHU MUSLIMUN”.

    (134) Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.

    (135) Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: “Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk”. Katakanlah (wahai Muhammad: “Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah dia (Ibrahim) dari orang-orang musyrik”.

    PERHATIAN : Ayat ini menjelaskan bahawa umat ISLAM mengikuti AGAMA NABI IBRAHIM yang lurus, menTAUHIDkan Allah swt.

    (136) Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata”.

    PERHATIAN : Perkataan yang kita dapat baca dalam ayat ini adalah “WA NAHNU LAHU MUSLIMUN” Semuanya jelas menunjukkan agama Para Nabi adalah ISLAM.

    (137) Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

    (138) (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

    (139) Katakanlah (wahai Muhammad): “Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;

    (140) “Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

    PERHATIAN : Allah swt MENEGASKAN bahawa apakah kamu menyatakan bahawa para Nabi itu adalah Penganut Agama Yahudi atau Nasrani? Tidak sekali-kali, Allah swt menjelakan dengan sempurna hakikat ini. Bahawa Allah swt MENGIKTIRAF bahawa Nabi-Nabi Allah swt sebelum kedatangan nabi Muhammad saw adalah ISLAM!

    (5) ISLAM SEJAK DAHULU

    Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, UGAMA BAPA KAMU IBRAHIM. Ia menamakan kamu: “ORANG-ORANG ISLAM” SEMENJAK DAHULU dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Surah Al-Hajj 22:78)

    PERHATIAN : Perkataan yang kita dapat baca di dalam TEKS Quran adalah “..HUWA SAMMAKUMUL MUSLIMINA..”.

    KESIMPULAN : Setakat ini, TEKS Al-Quran menjelaskan dan menyatakan bahawa Nabi-Nabi Allah swt sebelum nabi Muhammad saw adalah ISLAM dan perjuangan mereka adalah ISLAM. Hidup mati perjuangan Nabi-Nabi Allah swt sebelum Nabi Muhammad saw adalah ISLAM.

    Ulasan saya: 1, hujahan yang lemah, 2, x jelas, 3, putar belit mereka sedangkan mereka tidak, 4, bapa abraham tidak mengenal nabi musa, yesus apa lagi muhammad, 5, islam hanya selepas TM610 bukan sejak adam, ini putar belit mereka. Selesai.

    • Penghibur says:

      @Stephen

      STEPHEN =====> Ulasan saya: 1, hujahan yang lemah, 2, x jelas, 3, putar belit mereka sedangkan mereka tidak, 4, bapa abraham tidak mengenal nabi musa, yesus apa lagi muhammad, 5, islam hanya selepas TM610 bukan sejak adam, ini putar belit mereka. Selesai.

      PENGHIBUR =====> ???

      By, Penghibur

      • prokatolik says:

        Itu pendirian rome (kristian) sejak dulu.

      • Penghibur says:

        @Stephen

        Seperkara yang TERPENTING UNTUK DIFAHAMI bahawa, apa yang saya sampaikan BUKANLAH HUJAH main-main melainkan adalah Kebenaran dari Al-Quran, Kitab Suci Al-Quran adalah rujukan manusia sehingga ke hari kiamat. Malah saya membuat rujukan penuh berdasarkan HUJAH dari Dr.Zakir Naik (India), Dr.Haron Din (Malaysia), Harun Yahya (Turki) perbincangan Eksklusif bersama media berkenaan Agama Para Nabi di http://www.harunyahya.com.

        Bukti Para Nabi adalah ISLAM bukanlah omongan kosong, ini kerana Allah swt akan memperlihatkan kepada dunia di akhir zaman ini dengan kedatangan Nabi Isa a.s (Jesus)! Dimana, Nabi Isa a.s (Jesus) akan MELAKSANAKAN SISTEM PEMERINTAH ISLAM yang akan dilaksanakan di seluruh dunia! Andaikata ada manusia tinggal di Kutub Utara mahupun Kutub Selatan, atau orang Eskimo TETAP akan memeluk ISLAM dan ISLAM akan merata diseluruh dunia dibawah satu Sistem Pemerintahan Khalifah.

        Nabi Isa a.s (Jesus) beserta dengan Imam Mahadi akan menguasai dunia dengan bersandarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw. Nabi Isa a.s (Jesus) akan menghancurkan Salib dimana Ahli Kitab akan bersaksi akan Kenabian Nabi Isa a.s dan bersaksi bahawa Allah swt adalah Tuhan Yang Maha Esa (TERBENTANGLAH LUASLAH KEPALSUAN TRINITI) seperti yang ditegaskan Nabi Muhammad saw.

        Nabi Isa a.s juga akan membunuh BABI! Kamu tahu di dalam Hadith yang menyentuh Nabi Isa a.s (Jesus) Membunuh Babi adalah kiasan kepada membunuh (menghukum) Umat Yahudi Laknatullah yang bercita-cita dan bersungguh untuk membunuhnya dan menyalibnya.

        Oleh kerana itu BABI YANG DIBUNUH Nabi Isa a.s berdasarkan Hadith itu adalah Penghinaan/Cercaan terhadap Yahudi. Jika Umat Yahudi mengatakan umat selain Yahudi (Goyim) adalah seperti Anjing dan Babi, maka Nabi Isa a.s juga menyatakan umat Yahudi SETARAF dengan Babi berdasarkan keterangan dari Hadith Nabi Muhammad saw. Maklum.

        “BABI Mana Yang Dibunuh Nabi Isa a.s? Babi Itu Adalah Umat Israel Laknatullah” Amin

        By, Penghibur

  5. Penghibur says:

    @Stephen

    Sepatutnya anda tak perlu buka ruangan ini kerana, perbincangan kita di dalam BAB “KAFIR”, so mana boleh awak pecahkan konteks pembicaraan saya, so kalau awak buat macam ni, sukar untuk dibaca dengan lebih tersusun dan perkaitannya dengan “KAFIR”.

    Susur galur Para Nabi dan agama Para Nabi adalah 1 iaitu ISLAM, sumber berautoriti ISLAM adalah Al-Quran. Maka SUDAH JELAS bahawa Al-Quran MENJEALSKAN HAL INI dengan sempurna dan Al-Quran SANGAT MEYAKINKAN para pendengarnya, kenyataan Al-Quran (Isi Kandungannya) membicarakan semua hal dengan menyeluruh, perkara asas bagi seluruh Para Nabi adalah menTAUHIDkan Allah.

    Tiada seorangpun Nabi yang mengajar TRINITI, TRINITI adalah sebuah ajaran Palsu mengatasnamakan Allah. maka saya mengajak kamu supaya kembali kepada kebenaran, kerana Allah swt Maha Pengampun, dan Allah swt menyayangi kita lebih dari yang kita tahu dan faham.

    By, Penghibur

    • prokatolik says:

      1. Siapa pendengarnya? Kami langsung x tergugat dengan cerita selepas TM610 selepas kejadian sebenar.
      2. Topik ini penting untuk diperjelaskan.
      3. Kita belum sampai topik triniti itu.

      • Penghibur says:

        @Stephen

        (1) Pendengarnya adalah manusia, dunia Eropajh dan Amerika sudah mulai MENDENGAR Al-Quran dan beriman kepada Allah swt mengikut ketetapan-Nya. Al-Quran diturunkan untuk manusia dan BUKAN untuk Haiwan. Jadi jika ada manusia yang tidak mahu mendengar Al-Quran, samalah seperti haiwan sebab haiwan, mungkin terlalu kasar saya berrkata demikian, maka saya ubah, samalah seperti orang yang tidak mempunyai akal, kerana manusia yang tidak berakal (disebabkan penyakit hati) dia mana faham bila kita jelaskan padanya tentang kebenaran.

        Sama ada kamu tergugat atau tidak itu tidak penting, Para nabi Semuanya Membawa Akidah ISLAM, itu jelas.

        (2) topik ini sudah jelas kerana jawapannya ada pada link yang saya berikan, saya berikan sekali lagi dan semua ini saya rujuk berdasarkan Buku Tulisan Dr.Haron Din yang bertajuk “Islam, Ada Apa Dengan Islam?” Temuramah Eksklusih bersama Harun Yahya juga menjelaskan hal demikian, untuk pengetahuan anda Harun yahya diantara Muslim yang diiktiraf sebagai Pakar Agama.

        sila baca hadiah saya kepada kamu;

        http://penghibur114.wordpress.com/2010/06/30/agama-para-nabi-adalah-islam/

        (3) Tak perlu sampai ke topik TRINITI sebab semuanya dah jelas dan nyata.

        By, Penghibur

  6. natasya says:

    maafkan saya tetapi, tafsir AL QURAN yang saudara berikan nampaknya seperti ditokok tambah.. pastikan saudara mendapatkan rujukan dari sumber yang paling tepat. kadangkala, kalau sumber dari internet pun salah dan tidak boleh dipercayai. buku tafsir AL QURAN yang saudara baca pun sila periksa kerana, tafsiran yang tertera di atas tidak tepat dan boleh menimbulkan kemarahan pihak-pihak tertentu.. tafsiran yang saya maksudkan, yakni tarsiran AL QURAN untuk surah Ali Imran ayat 65-68.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s