Sumber: Harian Metro Edisi Ahad 04/07/2010

Posted: July 4, 2010 in debat agama, dialog agama
Suami Dua Alam
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, FIRDAUS SAHAT dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my
2010/07/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Mereka sudah berkeluarga tetapi masih mengamalkan hidup songsang bagi memenuhi naluri serta keinginan seks terhadap kaum sejenis.


Rata-rata mereka yang melakukan perbuatan jijik itu seperti bernaung di bawah satu ‘kelab’ dan aktif menjalankan kegiatan terbabit secara berkumpulan.

Biasanya, golongan suami yang dahagakan hubungan sejenis ini bergerak bersama ke tempat dan ‘sarang’ golongan homoseksual itu seperti kawasan taman, rumah urut dan spa khusus untuk golongan gay memuaskan nafsu serakah mereka.
Ada juga suami gay berkenaan yang bermain cinta dengan lelaki muda homoseksual bergelar ‘anak ikan’ untuk memenuhi keinginan mereka.

Kegiatan diumpamakan ‘kelab suami gay’ ini didedahkan seorang lelaki dikenali sebagai Addy, 39, yang aktif melakukan aktiviti songsang terbabit sejak mula mendirikan rumah tangga kira-kira tujuh tahun lalu.

Addy berkata, dia mula terjebak dengan perbuatan tidak bermoral itu selepas hanya sembilan bulan perkahwinan kerana pengaruh rakan yang melakukan kegiatan sama sejak sekian lama.

“Mulanya saya teragak-agak. Saya tidak berani ‘makan luar’ dan melakukan kegiatan songsang itu lagi, tetapi jiwa saya memberontak apabila tidak menerima belaian daripada lelaki.

“Saya sayangkan isteri, tambahan pula kami kini mempunyai empat cahaya mata, tetapi selera saya pada lelaki tidak pernah padam,” katanya.

Menurut Addy, dia bersama tiga rakannya menjalankan aktiviti terbabit hanya pada masa dan tempoh tertentu, sama ada ia dilakukan satu minggu sekali ataupun hanya sekali sebulan.

Katanya, sasaran mereka adalah ‘anak ikan’ yang mudah didapati di pusat urut tradisional atau pun spa gay di sekitar ibu kota.

“Pusat tumpuan kami biasanya di Taman Miharja, Cheras. Di sana ada banyak rumah urut untuk kami kunjungi sambil melepak bersama golongan sejenis.
“Kadangkala kami pergi juga ke Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Kelana Jaya kerana tempat ini boleh dikatakan ‘sarang’ untuk pertemuan lelaki seperti kami,” katanya.

Addy berkata, mereka melakukan semua itu semata-mata untuk melampiaskan nafsu terhadap sesama lelaki, namun pada masa sama tidak mahu mengabaikan rumah tangga, isteri dan anak.

“Apabila bersama isteri dan anak, saya adalah lelaki normal. Cuma perwatakan saya lembut.

“Saya tidak tahu bila semua ini akan berakhir, naluri saya masih berkehendakkan lelaki. Saya tetap ghairah memandang lelaki,” katanya.

Rakannya, Reza, 36, pula berkata, selain suka berfoya-foya ke ‘port’ gay sekitar Kuala Lumpur, dia turut bermain cinta dengan pasangan sejenis.

Katanya, menjadi rutin hariannya, di rumah dia bermesra bersama isteri tetapi di luar rumah dia menjalin hubungan sulit bersama pasangannya.

“Kekasih saya tahu saya sudah berkahwin, tetapi ia tidak menjadi masalah buat kami berdua. Dia (kekasih) faham situasi saya, walaupun beristeri, namun naluri saya tetap pada lelaki.

“Hujung minggu, kami sering berkunjung ke kelab malam gay di Bukit Bintang. Jika dia tiada, saya akan bersama Addy dan rakan lain ke port gay,” katanya.

Bagaimanapun, Addy berkata, hubungannya bersama isteri tetap bahagia walaupun isterinya tidak mengetahui dia melakukan hubungan songsang di luar rumah.

“Perkahwinan saya bersama isteri adalah atas desakan keluarga. Saya dipaksa kahwin, tetapi tidak dapat menolak permintaan keluarga itu.

“Namun hubungan saya dan isteri baik saja. Bersama dia saya bahagia juga, tetapi keinginan saya untuk didampingi lelaki masih tidak berubah,” katanya
Lain pula ceritanya dengan Azri, 40, yang tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata tetapi sanggup menipu dan menduakan isterinya hanya untuk bersama lelaki lain.

Lebih menjijikkan, dia juga sering melampiaskan nafsu songsangnya bersama suami orang yang masih mempunyai isteri dan empat anak.

Bagi Azri, sepanjang perkahwinannya dia cuba membuang tabiat songsang itu. Malah dia tahu mengenai dosa dan bala yang akan diterima. Namun, kerana tuntutan nafsu songsang yang sukar dikawal, dia sering melakukan hubungan seks sesama lelaki.

“Naluri dan nafsu saya terhadap lelaki sukar dibendung. Saya melihat lelaki seperti mana kaum itu melihat wanita seksi yang berjalan di depan mereka.

“Boleh dikatakan dalam setahun, lebih lima atau enam kali saya mencari pasangan homoseksual. Bagaimanapun, tujuan saya hanya untuk melepaskan nafsu tetapi tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan cinta.

“Tambahan pula saya sudah berkeluarga. Saya sayangkan mereka dan sebab itu saya tidak mahu mengabaikan mereka hanya kerana tuntutan nafsu ini,” katanya.
Menurut Azri, setiap kali ingin bersama teman sejenis, dia mencari ‘mangsa’ baru menerusi laman sosial atau menghubungi rakannya.

“Sebenarnya, mencari pasangan sejenis lebih mudah daripada seorang lelaki cuba mendapatkan perhatian wanita. Menerusi perkenalan singkat, kami mudah mesra dan terus bersetuju mengadakan hubungan seks.

“Malah, ada juga rakan rapat yang tidak tahan dengan gelora nafsu songsang mereka menghubungi saya untuk melampiaskan nafsu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya menerimanya.

“Bagaimanapun, saya sedar apa hukuman yang harus diterima golongan seperti saya ini. Sebab itu saya cuba mengawal nafsu berkenaan dan hanya melakukannya beberapa kali setahun,” katanya.

Azri berkata, faktor utama yang menjadikan dirinya sebagai lelaki songsang ialah kerana sejak kecil lagi dia terbiasa memakai pakaian wanita.

Katanya, hanya kerana ibu dan ayahnya terlalu menginginkan anak perempuan, dia pula yang menjadi mangsa.

“Dulu keluarga saya kehilangan anak perempuan kerana meninggal dunia. Mungkin sebab terlalu kecewa, saya pula yang menjadi mangsa dan dipakaikan pakaian wanita.

“Apapun, saya tidak salahkan mereka. Mungkin ini sudah takdir saya dan saya terima dengan reda.

“Begitupun, saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi lelaki sejati. Berkali-kali saya cuba menahan nafsu songsang itu tetapi tidak berjaya.

“Saya cemburu terhadap lelaki tulen. Namun, apakan daya, setiap kali saya cuba mengubah kehidupan songsang ini dan menahan gelora nafsu, saya pasti tewas,” katanya yang masih merahsiakan perbuatan terkutuk itu daripada pengetahuan keluarganya.

Ulasan saya: Lihatlah bagaimana mereka menyalahkan nasib dan mengata itu takdir. Inilah antiagama yang harus diperangi oleh agama sama ada islam, buddha, kristian mahupun yahudi. Ianya berkenaan pengaruh duniawi @ badaniah @ dunia. Mari kita tengok pandangan agama masing-masing dalam menangani situasi ini.

Ini pula dari kosmo:

RENCANA UTAMA

Gelora gadis sunti


NADIA, 11 (bukan nama sebenar), ketagihan seks selepas diperkosa oleh seorang lelaki berusia 30-an yang menawarkan untuk menghantarnya pulang dari sekolah akhir tahun lepas.

Selepas insiden tersebut, Nadia mengakui perlakuannya mula berubah. Dia semakin aktif mencari kenalan siber khususnya lelaki dan gemar menghabiskan masa dengan rakan-rakan sama ada di sekolah mahupun di kawasan kejiranan tempat dia tinggal.

Gelora nafsunya tidak dapat dikawal apabila ada di kalangan rakan siber yang baru dikenalinya mengajaknya berjumpa dan melakukan hubungan seks.

Kenikmatan yang diperoleh daripada pengalaman lalu menjadikan Nadia tidak berfikir panjang.

“Saya mahu rasa apa yang saya pernah rasa dahulu. Ia adalah keseronokan yang sukar digambarkan,” ujarnya yang ditemui Jurnal di sebuah rumah perlindungan di ibu kota minggu ini.

Menyambung kisah hidup kanak-kanak ini, selepas berjumpa dengan lelaki belasan tahun yang baru dikenalinya di alam siber, boleh dikatakan setiap minggu mereka bertemu.

Dua bulan selepas berkenalan, mereka mula menjalin hubungan seks. Lokasinya boleh jadi di mana saja, sama ada di rumah lelaki terbabit mahupun di dalam kereta.

Nadia terus hanyut apabila ketagihannya memuncak selepas mencapai akil baligh pada usia 11 tahun.

Bahkan, dia akui pernah melayan sembilan lelaki dalam satu masa.

PELAJAR perempuan yang bermasalah seperti kerap ponteng berisiko tinggi untuk terjebak dalam kancah seks.

Tersisih

“Saya hamil hasil daripada hubungan seks rambang itu. Sebelum ini, saya hanya menganggapnya sebagai aktiviti yang menyeronokkan.

“Saya tidak sangka dan tidak tahu perbuatan itu boleh menyebabkan saya mengandung,” katanya yang memiliki tubuh seakan pelajar sekolah menengah.

Ditanya punca jalan hidupnya tercorak begitu, mudah sahaja jawapan kanak-kanak ini.

“Saya sering berasa tersisih apabila berada dalam keluarga. Saya hanya dua beradik dan adik lelaki baru berusia empat tahun.

“Sebelum ada adik, saya tinggal dengan nenek kerana emak dan ayah sibuk bekerja. Selepas nenek meninggal, saya tinggal dengan mereka ketika berumur sembilan tahun.

“Emak dan ayah selalu melebih-lebihkan adik saya. Saya tertekan apabila selalu diminta mengalah dan diherdik walaupun melakukan kesalahan kecil.

“Sebab itu saya lebih suka keluar dengan rakan-rakan selepas waktu sekolah. Mak dan ayah tak tahu sebab mereka bekerja hingga lewat petang,” katanya yang kini hamil empat bulan.

Kisah Nadia adalah sesuatu yang mengejutkan bagi insan semudanya.

Gejala seks bawah umur khususnya budak sekolah rendah dilihat semakin membimbangkan dengan wujudnya kes-kes ekstrem seperti ini.

Aib

Jika sebelum ini kita sering membaca kes-kes perlakuan seks di kalangan kanak-kanak disebabkan menjadi mangsa rogol atau penderaan seksual, namun kini keadaan semakin berubah.

Golongan yang masih mentah ini sudah terdedah untuk terlibat secara sukarela dalam kancah seks bawah umur.

Pada 26 Jun lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan, sehingga April tahun ini, ia telah menerima sebanyak 111 laporan kehamilan di kalangan remaja berbanding 131 kes sepanjang tahun lepas.

Angka itu turut menunjukkan peningkatan kerana pada tahun 2008, hanya 107 kes remaja hamil bawah umur dilaporkan.

Dua hari kemudian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mengeluarkan statistik perangkaan kes-kes penderaan fizikal, cabul kehormatan dan rogol melibatkan kanak-kanak. Bagi tahun ini, dari Januari hingga Jun, sebanyak 2,193 kes telah dilaporkan.

Statistik tersebut dilihat meningkat dua kali ganda daripada 2,236 kes pada tahun 2005 dan 5,744 kes pada tahun 2008.

“Jika ada yang terkejut melihat statistik ini, percayalah, ia hanya sebahagian kecil daripada angka sebenar.

“Banyak kes yang tidak dilaporkan kerana keluarga selalu menganggap ia sesuatu yang memalukan apatah lagi jika perlakuan itu mengakibatkan kehamilan di luar ikatan perkahwinan,” ujar Ketua Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA, Datuk Michael Chong.

Tambah beliau, ramai remaja yang terlibat dalam kancah ini enggan ke depan apatah lagi memikirkan rasa takut dan aib yang perlu ditanggung sekiranya perbuatan mereka diketahui keluarga dan masyarakat.

MICHAEL CHONG

“Mereka hilang arah dan sebahagiannya memilih untuk lari dari rumah atau menghadapi konflik secara sendirian.

“Apabila berada dalam keadaan terdesak, mereka bijak berlakon supaya semuanya kelihatan seperti biasa. Malah, ada di kalangan mereka, khususnya yang terjebak dalam seks bawah umur mampu menyembunyikan kehamilan itu daripada keluarga dan masyarakat,” ujarnya yang mengendalikan tiga kes jenayah seksual tahun ini.

Kehamilan di kalangan remaja boleh terjadi atas beberapa sebab.

“Dalam beberapa kes yang saya kendalikan, ramai gadis mengakui mereka melakukannya secara sukarela kerana yakin dengan cinta selain janji manis teman lelaki yang akan bertanggungjawab.

“Bagi kes yang disyaki terdapat unsur paksaan atau rogol, saya akan melaporkannya kepada polis,” ujarnya yang juga Penasihat dan Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ragut masa depan

Minggu lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina di Pulau Pinang melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun melahirkan seorang bayi lelaki hasil mengadakan hubungan seks dengan remaja 14 tahun yang tinggal bersebelahan rumahnya.

Biarpun pihak berkuasa enggan mengesahkan perkara tersebut, masyarakat tidak boleh menganggapnya sebagai warna-warni kehidupan sahaja sebaliknya sesuatu perlu dilakukan untuk mengelak perkara seperti itu daripada terus berleluasa.

Sementara itu, wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Youssouf Mohammad Oomar memberitahu, kehamilan pada awal usia remaja berpotensi meragut masa depan mereka.

“Terpaksa berdepan dengan pandangan serong masyarakat, kehamilan luar nikah akan menjadi beban emosi dan psikologi kepada mereka.

“Keadaan lebih buruk jika mereka memikirkan tiada pilihan lain kecuali menggugurkan kandungan secara haram yang boleh mengancam nyawa atau melahirkan anak tersebut,” katanya.

REMAJA yang hamil luar nikah cenderung untuk melakukan pengguguran haram bagi mengelak keluarga menerima aib.

Tambah Youssouf, selain peluang menyambung pelajaran semakin menipis, mereka juga berdepan risiko kesihatan hasil hubungan kelamin yang tidak selamat hingga mengakibatkan kehamilan.

“Secara jelas, kehamilan di kalangan kanak-kanak adalah berpunca daripada aktiviti seksual tanpa sebarang perlindungan sama ada secara sukarela atau tidak.

“Selain mengandung yang dianggap sebagai isu pokok, masalah kesihatan yang lain perlu diambil kira.

“Mereka mungkin terdedah kepada risiko jangkitan penyakit seperti HIV atau penyakit kelamin yang lain,” ujarnya.

Ulasan saya: Sesetengah pendebat islam mempersalah Barat apabila banyak kes orang melayu dilaporkan media. Bagaimana dengan bangsa selain melayu pula? Lihatlah bagaimana institusi agama dan keluarga masing-masing menangani hal ini. Ada sesuatu yang berbeza dan tujuannya juga mungkin berlainan.
Comments
  1. prokatolik says:

    Sumber: Metro Ahad 11/07/2010

    Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, FIRDAUS SAHAT, SHAMRAN SARAHAN dan MOHD AZAM SHAH YAACOB

    2010/07/11 KUALA LUMPUR: Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

    IKHTIAR…Sharhan mengubati pesakit yang ditinggalkan suami di Pusat Rawatan ISLAM Sinar Zamdurrani.

    Ikuti gelora hidup empat wanita yang berkongsi nasib sama iaitu ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.

    LIZA, 28:
    “HANYA Tuhan tahu betapa deritanya jiwa dan batin saya tidak dapat bersama suami selama enam tahun sejak bergelar isteri pada 2004.

    Mungkin kerana perkahwinan kami atas dasar menurut kemahuan keluarga dan bukan kerana hubungan cinta, saya menjadi mangsa keadaan, dan enam tahun juga saya tidak mendapat belaian suami.

    Kalau enam bulan saya boleh bertahan lagi (tidak bersetubuh bersama suami), tetapi bayangkan sehingga enam tahun dia tidak pernah menyentuh saya, malah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

    Wanita mana tidak dahagakan belaian lelaki, tambahan pula bila bersuami. Akibat tekanan perasaan, akhirnya saya gagal mengawal nafsu. Saya bertemu kembali bekas teman lelaki dan melakukan hubungan seks dengannya setiap kali bertemu.

    Suami mula menjauhkan diri daripada saya selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dia kini menetap di sekitar Johor Bahru, Johor.

    Saya sedar tindakan mengadakan hubungan bersama bekas teman lelaki adalah salah, lagi pula dia sudah berumah tangga, tetapi saya menganggap suami punca segala kemelut itu berlaku.

    Daripada apa yang dapat saya rasakan, dia (suami) seakan-akan sangat membenci saya. Kalau tidak inginkan saya sebagai isteri, mengapa tidak ceraikan saya, sebaliknya dia menghilang entah ke mana.

    Saya sungguh menderita, hidup sendiri tanpa ada zuriat. Adakalanya apabila tidak bertemu bekas kekasih, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memuaskan keinginan batin. Ia memang menyakitkan jiwa saya.

    Bagaimanapun, perbuatan saya mengadakan hubungan dengan lelaki lain dan pergolakan suami akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga masing-masing.

    Selepas berubat secara Islam di Sinar Zamdurrani bersama Ustaz Shahran Shafie, suami saya didakwa terkena sihir oleh bekas kekasihnya sehingga membuatkan dia membenci saya.

    Saya insaf di atas dosa yang pernah dilakukan dan berharap dapat menyelamatkan kembali rumah tangga. Semuanya terpulang kepada suami, saya berharap dia dapat menerima saya sebagai isteri. Jika tidak, saya mahu dilepaskan.”

    Ulasan saya: Lihatlah bagaimana manusia mengambil mudah hal agama. Dari sudut suami, dari sudut isteri dan dari sudut pihak ketiga. Bagaimana jika mereka mati dalam keadaan berdosa? Pihak kristian dan islam mempunyai cara pandang yang berbeza. Betapa teruknya kehidupan manusia apabila dalam keadaan tertekan. Malangnya kisah mereka disiarkan dalam akhbar. Mungkin kes umat kristian sama teruk atau lebih teruk lagi. Inilah akan jadi duri dalam daging institusi agama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s