Archive for July 6, 2010

Apabila muslim mengikut pengertian mereka sendiri mengatakan selain islam, semua amalan tidak diterima. Hujah yang lain, masuklah islam supaya kami tidak lagi gelar kalian kafir. Bagi kristian, menjadi kafir adalah fobia. Pengertian kafir bagi kristian ialah tiada keselamatan di mata Tuhan yang Maha Kuasa. Oleh itu apabila seorang calon baptisan kristian mahu menjadi kristian, tujuannya ialah mendapat keselamatan Tuhan. Keselamatan Tuhan itu adalah SYURGA (bukan kayangan dewa-dewa ya?).

Saya masih ingat seorang rakan muslim berkata, masuk islam bukan jaminan masuk syurga. Katanya, kalau ada agama yang jamin masuk syurga, agama itulah saya ikut, katanya. Ertinya, tujuan agama ialah jaminan keselamatan iaitu syurga. Dia masih islam bermakna dia lebih yakin agamanya berbanding kepercayaan lain.

Dalam beragama, sama ada kristian atau islam, kita mengenal dosa dan pahala. Jika melanggar dosa, dihukum, jika buat kebaikan mendapat pahala.

Apa jawapan umat islam jika kristian bertanya, masuk islam confirm masuk syurga ka?

Bagi kristian, masuk kristian (baptis) boleh diandaikan daftar sekolah tadika. Dan perjalanan baru bermula. Dia boleh jadi gagal atau berjaya dalam perjalanannya. Dia kena lulus banyak ujian dan peperiksaan. RIP lazimnya ditandakan di salib pusara umat kristian yang meninggal dunia. RIP bermaksud Rest In Peace. RIP tentunya menceritakan hubungan si mati dengan Tuhannya.