Apabila kes melayu @ islam dibangkitkan, mereka salahkan siapa? Iblis? Syaitan? Barat? keluarga? Agama? Sendiri?

Posted: July 8, 2010 in debat agama, dialog agama, islam, kristian

Timur: Kes anak luar nikah membimbangkan
Oleh Baharom Bakar

2010/07/07
KUALA TERENGGANU: Mengejutkan. Sebanyak 1,160 kes anak luar nikah direkodkan di Terengganu dari Januari 2008 hingga pertengahan tahun ini, dengan ibu paling muda berusia 15 tahun.

Kes itu terus mencatat angka membimbangkan dengan 321 kes dilaporkan setakat enam bulan pertama tahun ini, selain 611 kes sepanjang tahun lalu dan 549 kes tahun sebelumnya. Bimbang kejadian tidak bermoral itu terus meningkat, kerajaan negeri akan melaksanakan program kesedaran untuk golongan remaja bagi mengekang masalah berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad, berkata mengikut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes kelahiran bayi tanpa bapa tertinggi iaitu 350 kes.

Katanya, pihaknya bimbang gejala tidak bermoral itu terus meningkat lantaran perkembangan semasa menunjukkan masalah sosial membabitkan generasi muda di negara ini semakin meningkat dan langkah berkesan perlu dilaksanakan segera bagi menanganinya.

Langkah pencegahan perlu dilakukan segera, termasuk melaksanakan program kesedaran bagi menyelesaikan masalah sosial seperti kes kelahiran bayi luar nikah ini, selain membendung budaya hitam ini daripada terus menular dan merosakkan golongan remaja.

Oleh itu, kerajaan negeri merancang melaksanakan kursus termasuk menerapkan nilai keagamaan tinggi kepada golongan ini. Kita akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Rozi Mamat supaya penerapan nilai keagamaan dimasukkan ke dalam agenda bakti remaja, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Said merasmikan Majlis Jejak Gemilang Murid Terbilang 2010 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan Berangan, di sini, semalam.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Berangan mengulas mengenai titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini bahawa negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan sebanyak 257,000 sijil kelahiran dikeluarkan dari 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Ketika mengulas mengenai rumah perlindungan untuk bayi luar nikah, Yahya berkata, bayi berkenaan tidak berdosa dan memerlukan asuhan secukupnya termasuk diberi pendidikan agama supaya dapat membesar sebagai insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Yang berdosa adalah ibu bapa mereka, mengapa kita perlu menghukum bayi itu walaupun dia dilahirkan secara tidak sah taraf dan kita perlu tempatkan mereka di rumah perlindungan supaya pemantauan dan didikan sempurna dapat dilakukan, katanya.

Sumber: Berita Harian 07/07/2010.
Ulasan saya: Jika sudah terlanjur dan mengandung, kenapa urusan perkahwinan sukar dirundingkan? Apakah ada manusia bertopengkan syaitan yang sengaja ambil kesempatan atas kelonggaran penguatkuasaan undang-undang?
Di sabah pun sama ada islam atau kristian, masalah sosial juga sangat membimbangkan. Banyak kes tidak dilaporkan kerana menjaga maruah keluarga. Ada satu kes anak pemimpin kampung telah dikahwinkan kerana sudah mengandung semasa usia di awal SMK. Apa peranan institusi agama masing-masing? Pemerhati luar melabelkan masalah seperti ini sebagai trend antiagama sama ada islam mahupun kristian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s