Umat islam lebih menyokong UNITARIAN berbanding TRINITI mengenai ajaran Yesus di INJIL KRISTIAN

Posted: July 11, 2010 in debat agama, dialog agama, islam, katolik, kristian, Unitarian

Sumber:

http://jesustriniti.blogspot.com/

PERIHAL TRINITI
 

Perihal Triniti

Disebut trinity (English) atau trinitas (Indonesia). Dalam Persidangan Nicea 325 M, gereja Trinitari (pendokong fahaman triniti) dengan sokongan pemerintah mengemukakan doktrin “homoousious” yang bererti Bapa, Anak (Jesus) dan Roh Kudus adalah “SETARA, SAMA ABADI & SAMA PENTING”. Lebih dikenali sebagai “3 dalam 1” dan “1 dalam 3”. Doktrin ini dikenali sebagai “Creed of Nicea”.

…kita menyembah satu tuhan di dalam Triniti dan Triniti adalah satu… kerana hanya terdapat satu orang daripada Bapa, satu lagi daripada Anak, dan satu lagi daripada Roh Suci, semuanya adalah satu… Tiada tiga Tuhan, tetapi satu Tuhan… ketiga-tiga orang sama abadi dan setara antara satu sama lain.

(Petikan “Athanasian Creed”).

Kemudian doktrin ini diperkukuhkan pada Sidang Constantinople pada tahun 381 Masehi. Trias pertama kali disebutkan pada tahun 180 oleh Theophilus dari Antiochia, namun ini bukanlah Trinitas sungguhpun ia telah diterjemahkan sebagai Trinitas oleh mereka yang berkepentingan.

Dikatakan Jesus 100% Tuhan. Adakah Bapa 100% Jesus? Adakah Roh Kudus 100% Bapa? Adakah Roh Kudus 100% Jesus?

Jawapan: __________________

Gereja-gereja Unitari (pendokong fahaman bahawa Bapa sahaja yang mesti disembah sebagai Tuhan) telah ditindas selepas itu dengan pelbagai kezaliman. Apa sahaja dokumen Bible dan Gospel yang masih ada pada mereka dirampas dan dimusnahkan, dengan harapan agar fahaman Unitari pupus.

Namun usaha golongan Unitari untuk mentauhidkan Allah (iaitu Bapa) dan mengekalkan ajaran Jesus tak kurang hebat. Apabila Bible/ Al Kitab dan logik dijadikan kayu ukuran, sentiasa sahaja golongan Unitari berjaya mematahkan hujah-hujah golongan Trinitari. Oleh kerana gereja Trinitari dan pemerintah tidak mampu lagi untuk membuktikan fahaman mereka menggunakan Bible ataupun logik, mereka memperkenalkan “beriman secara buta” atau “beriman secara misteri”.

Antara hujahnya, Tuhan itu tidak boleh difikirkan kerana tak akan sampai pemikiran manusia untuk memahami triniti, maka percaya sajalah, jangan disoal-soal. Ada juga mengatakan kononnya triniti atau tidak tak penting. Yang penting ialah mengasihi Tuhan Jesus dengan sepenuh hati, pasti akan masuk ke syurga. Pemerintah memaksa orang ramai untuk “beriman buta” atau “iman misteri”. Sesiapa yang berani mempersoalkannya dianggap sesat, diseksa ataupun dibunuh.

“Oleh yang demikian seseorang yang mahu diselamatkan mestilah mengimani triniti…

(Petikan “Athanasian Creed”).

Amaran Bible:

“Siapa yang ada telinga, hendaklah dia mendengar!”

(Matius 13: 43)

“Barangsiapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar!”

(Markus 4: 23)

“Kamu mempunyai mata, tidakkah kamu melihat dan kamu mempunyai telinga, tidakkah kamu mendengar? Tidakkah kamu ingat lagi.”

(Markus 8: 18)

Tidak boleh beriman secara buta sahaja, atau secara misteri sahaja. Kita mestilah mengambil tahu apa pandangan orang tentang agama kita, barulah kita tahu di mana betul salahnya. Tetapi kita sedia maklum:

“Sebab banyak yang dipanggil, tetapi sedikit saja yang terpilih.”

(Matius 22: 14)

Bolehkah beriman secara “buta’ atau secara ‘misteri’ tanpa perlu difikir-fikir lagi? Jesus memberikan jawapannya:

“Kasihilah Tuhan kamu… DENGAN SELURUH AKAL”

(Markus 12:30)

“Memang mengasihi Dia (Tuhan) dengan segenap hati dan DENGAN SEGENAP PENGERTIAN dan dengan segenap kekuatan, dan juga mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri adalah jauh lebih utama dari pada semua korban bakaran dan korban sembelihan.”

(Markus 12: 33)

Tidak boleh beriman atas dasar kasih begitu sahaja, tetapi mesti juga menggunakan akal fikiran sepenuhnya. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah.

Kita juga diajar:

“Allah adalah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekeliruan”.

(Korintus 1 14:33)

Doktrin triniti ini amat mengelirukan, bukan golongan bawahan sahaja tetapi juga golongan atasan agama Kristian sedangkan Tuhan sudah berkata yang Dia tidak suka akan kekeliruan. Ini menunjukkan doktrin triniti ada masalah.

“Sebab tidak ada sesuatu yang tersembunyi yang tidak akan dinyatakan, dan tidak ada sesuatu yang rahsia yang tidak akan tersingkap.”

(Markus 4: 22)

Malangnya misteri, kebenaran dan logik triniti masih tidak dapat dihuraikan dan terus menjadi rahsia. Percaya saja, tak perlu difikir-fikir- kata mereka.

Dijawab pula oleh pendokong-pendokong Triniti, “Bukankah Tuhan itu Maha Hebat. Dia terlalu hebat hingga tidak mampu difikirkan dan dihuraikan oleh otak manusia. Kalau dia boleh difikir-fikirkan, maka itu bukan Tuhan namanya. Oleh sebab itu, percaya sajalah triniti dan anda akan selamat” Mereka berselindung di sebalik misteri dan keghaiban.

Memang benar, mustahil kita dapat memikirkan zat Tuhan tetapi kita boleh memikirkan apakah sifat-sifat yang layak dan sifat-sifat yang tak layak bagi Tuhan. Mustahil Tuhan diberanakkan. Mustahil Tuhan kalah bergusti dengan manusia. Mustahil Tuhan menyesal. Mustahil Tuhan tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan. Mustahil Tuhan menunggang Kerub yang digambarkan sebagai anak-anak gadis tidak berpakaian. (* Semua penyataan ini ada dalam Bible. Dibahaskan dalam tajuk “Benarkah Ini Tuhan” di belakang nanti).

Juga agak menghairankan, mengapa mesti disebut secara berurutan ,”Dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus”? Kalau ketiga-tiganya sama setara, sebut yang mana dahulu pun tak ada masalah. Mengapa ragu-ragu untuk menyebutkan: ‘Dengan nama Roh Kudus, Jesus dan Bapa” atau “Dengan nama Jesus, Roh Kudus dan Bapa.”

Hairan lagi. Kalau ketiga-tiganya peribadi yang sama, mengapa tidak disebutkan seorang saja? Bukankah salah seorang daripada Bapa, Jesus dan Roh Kudus adalah 100% Tuhan, merangkumi ketiga-tiganya sekali? Sepatutnya cukuplah kalau disebutkan: “Dengan nama Roh Kudus” sahaja atau “Dengan nama Bapa” sahaja.

“Tak seorangpun dapat mengabdikan dirinya kepada dua tuan. Karena jika demikian, ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain.”

(Matius 6: 24)

Kalau benar ketiga-tiganya setara, kasih kita mestilah sama banyak kepada ketiga-tiganya. Mengapa Jesus yang lebih banyak disebut-sebut dan diagungkan sedangkan Roh Kudus sesekali sahaja? Mengapa Jesus yang dilebihkan?

 

Bible Telah Diubah

Dalam diam-diam, golongan Trinitari berusaha juga untuk menunjukkan yang fahaman triniti disokong oleh Bible, khususnya Perjanjian Baru. Berikut adalah ubahsuai yang mereka lakukan.

“Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikutku. Baptiskanlah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Suci.”

(Matius 28: 19)

Ayat asalnya berbunyi:

“Baptistkanlah mereka dengan menyebut namaku.”

“Semua, kecuali sarjana-sarjana yang paling konservatif, bersetuju bahawa sekurang-kurangnya bahagian akhir perintah tersebut (iaitu Bapa, Anak dan Roh Suci) telah ditambah kemudian. Formula ini tidak dijumpai di mana-manapun dalam Perjanjian Baru, dan dengan merujuk kepada bukti yang ada kita dapati bahawa Gereja pada zaman awal tidak membaptiskan orang menggunakan perkataan-perkataan ini – pembaptisan dilakukan atas nama Jesus sahaja.”

(“For Christ’s Sake”, Tom Harpur, m.s. 103)

“Telah dibahaskan bahawa ayat asal berbunyi “membaptiskan mereka atas namaku”, yang kemudiannya ditokok supaya selari dengan dogma yang dipegang. Malahan, pandangan utama yang diutarakan oleh sarjana-sarjana Kristian yang kritikal dan Unitari pada abad ke sembilan belas telah menyatakan pendirian sarjana-sarjana utama sehingga tahun 1919, semasa ulasan Peake mula-mula diterbitkan: ‘Pada zaman awal, Gereja tidak mengamalkan arahan sejagat ini, kalau pun mereka tahu mengenainya. Perintah pembaptisan atas tiga nama adalah penambahan terkemudian kepada doktrin'”

(“For Christ’s Sake”, Tom Harpur, m.s. 103)

Ini disahkan di dalam “Peake’s Commentary on the Bible” yang menjadi rujukan wajib pelajar-pelajar Bible:

Misi ini diterangkan menggunakan bahasa gereja dan kebanyakan pengulas was-was sama ada formula Trinitari adalah asli dalam Gospel Matius ini, memandangkan ia tidak ditemui di tempat-tempat lain dalam Perjanjian Baru dan Perjanjian Baru menceritakan bahawa pembaptisan dilakukan atas nama Tuhan Jesus (contohnya Kisah Rasul-rasul 2:38, 8:16 dan lain-lain).

Apa kata Peter/ Petrus, salah seorang hawari Jesus dalam Perjanjian Baru:

“Petrus menjawab, “Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa, lalu DIBAPTIS DENGAN NAMA JESUS KRISTUS, supaya dosa saudara-saudara diampunkan…”

(Kisah Rasul-rasul 2:38)

Takkanlah Petrus yang berjawatan hawari Jesus sengaja membaptis dengan nama Jesus sahaja kalau benar Jesus mengajarnya membaptist dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus!

Ada lagi yang mereka ubah dalam Perjanjian Baru untuk menegakkan fahaman triniti tetapi berjaya dikesan.

“Saksi-saksi di syurga ialah Bapa, Firman (Jesus juga dipanggil Firman) dan Roh Suci – ketiga-tiganya adalah satu”

(Yohanes 5:7)

Setelah zaman-berzaman umat Kristian mengimani ayat ini, tiba-tiba hampir semua versi terbaru Bible seperti The New Revised Standard Version, The New American Standard Bible, New English Bible, Philips Modern English Bible dan sebagainya membuang ayat ini. Kenapa? Kerana ayat-ayat ini adalah penambahan kemudian untuk menguatkan doktrin triniti. Akhirnya mereka sendiri membuang ayat ini.

Teks mengenai saksi di syurga tidak terdapat di dalam mana-mana manuskrip Greek yang ditulis sebelum abad ke lima belas. Ia tidak dipetik oleh mana-mana penulis eklesiastikal, tidak juga oleh bapa-bapa Latin yang awal walaupun ketika membincangkan tajuk-tajuk yang memerlukan mereka merujuk kepada autoriti ayat tersebut. Oleh itu, terbukti bahawa AYAT INI ADALAH PALSU.

(Benjamin Wilson dalam “Emphatic Diaglot”)

Teks mengenai tiga saksi di syurga di dalam Perjanjian Baru adalah tidak tulen.

(“The Interpreter’s Dictionary of the Bible”, Vol. 4, m.s. 711, Abingdon Press)

Yohanes 1 5:7 KJV berbunyi : ‘Saksi-saksi di syurga ialah Bapa, Firman, dan Roh Suci – ketiga-tiganya merupakan satu’, tetapi INI ADALAH SISIPAN yang tidak dapat dikesan sebelum penghujung abad keempat.

(“The Interpreter’s Dictionary of the Bible”, Jilid. 4, m.s. 871, Abingdon Press)

“Di dalam Textus Receptus (di dalam KJV), 1 Yohanes 5:7, kelihatan seolah-olah Yohanes telah sampai kepada doktrin triniti dalam bentuk yang jelas (Bapa, Firman dan Roh Suci), tetapi teks ini jelas sekali adalah suatu sisipan kerana ia TIDAK TERKANDUNG DALAM MANUSKRIP GREEK YANG ASAL.”

(“The Eerdmans Bible Dictionary”, disunting oleh A.C. Myers, m.s. 1020)

“Tiga saksi tersebut telah dimasukkan ke dalam Perjanjian bahasa Greek dengan cermat oleh Erasmus, melalui penipuan penyunting-penyunting Komplutensia; melalui penipuan atau kesilapan tipografi, melalui pemalsuan oleh Robert Stephens, dan salah faham oleh Theodore Beza.”

(“Decline and Fall of the Roman Empire” Gibbon, m.s. 418)

Seorang sarjana Britain, iaitu Richard Porson, yang sezaman dengan Edward Gibbon mempertahankan penemuannya; beliau juga telah menerbitkan bukti kukuh yang tidak dapat dipertikaikan bahawa Yohanes 1 5:7 ditambah buat pertama kalinya ke dalam Bible oleh Gereja pada tahun 400 Masihi.

(“Secrets of Mount Sinai”, James Bently, m.s. 30-33).

“Sisipan TIGA SAKSI tidak dicetak di dalam RSV, dan ini adalah tindakan yang tepat. Ia memetik saksi di syurga Bapa, logos dan Roh Suci, tetapi tidak pernah digunakan oleh golongan Trinitari semasa kontroversi awal. Tiada manuskrip Greek yang sahih yang mengandungi ayat ini. Ia mula-mula muncul dalam teks Latin pada penghujung abad ke-14, kemudiannya di dalam Vulgate dan akhir sekali di dalam PB Erasmus.”

(Peake’s Commentary on the Bible)

. Malangnya, sehingga ke hari ini Bible yang dimiliki oleh kebanyakan penganut Kristian, iaitu Bible King James yang popular, tidak teragak-agak memasukkan ayat ini sebagai kata-kata Tuhan yang telah diilhamkan. Tiada sebarang nota kaki dibuat. Mereka mahu dunia percaya bahawa itu memang datang daripada Tuhan.

Melakukannya dalam keadaan orang tidak tahu, itu perkara biasa. Tapi melakukannya dalam keadaan orang ramai sudah tahu perkara sebenar, memang menghairankan.

“Triniti Tuhan ditakrifkan oleh Gereja sebagai kepercayaan bahawa Tuhan adalah tiga peribadi yang wujud dalam satu sifat. Kepercayaan ini hanya muncul pada abad keempat dan kelima selepas Masihi, dan oleh itu, bukanlah kepercayaan biblikal yang jelas dan formal.”

(“The Dictionary of the Bible”, J.L. McKenzie, m.s. 899

Bible Sebagai Bukti

“Dan turunlah Roh Kudus dalam rupa burung merpati ke atasnya (Jesus). Dan terdengarlah suara dari langit: “Engkaulah anak-Ku yang Ku-kasihi, kepadamulah Aku berkenan.”

(Lukas. 3:22)

Renung-renungkan. Roh Kudus sedang turun dari langit dan ketika itu Roh Kudus mengubah dirinya menjadi burung merpati. Jesus pula sedang berada di bumi manakala Bapa yang berada di syurga sedang berkata-kata. Anda melihat ketiga-tiga individu di atas sebagai tiga individu atau satu individu? Tiga badan atau satu badan? Tiga tempat atau satu tempat? Tiga peranan atau satu peranan?

Sekiranya Jesus sudah 100% Tuhan, mengapa dia perlu wahyu daripada Bapa di syurga? Mengapa mesti Roh Kudus menghantar wahyu? Sepatutnya tak payahlah dihantar-hantar lagi kerana wahyu itu datangnya daripada Jesus sendiri!

“Apabila seseorang mengucapkan sesuatu menentang Anak Manusia (iaitu Jesus), ia akan diampuni; tetapi jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak akan diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datangpun tidak.”

(Markus 12:36)

Sesiapa yang menentang Jesus, orang itu boleh diampunkan. Tetapi sesiapa yang menentang Roh Kudus, tidak akan diampuni. Kan jelas ini membuktikan Jesus dan Roh Kudus bukan peribadi yang satu tetapi berlainan. Jesus bukan 100% Roh Kudus dan Roh Kudus bukan 100% Jesus.

“Aku (Tuhan) di dalam mereka (sahabat-sahabat Jesus) itu, dan engkau (Jesus) di dalam Aku, supaya mereka itu sempurna di dalam persekutuan.”

(Yahya 17:23)

Nampaknya Tuhan juga berada di dalam tubuh 12 orang ,sahabat-sahabat Jesus. Sekarang bukan lagi 3 dalam 1 tetapi sudah menjadi 15 dalam 1. Mengapa sahabat-sahabat Jesus juga tidak dianggap Tuhan?

“Supaya SEMUA MENJADI SATU, seperti Bapa di dalam aku dan aku di dalam Bapa dan supaya mereka (murid-murid Jesus) menjadi satu di dalam kita, biarlah dunia percaya yang Bapa telah mengutus aku.”

(Yohanes 17:21)

Ayat ini menunjukkan yang murid-murid Jesus pun bersatu dalam diri Tuhan, bukan Jesus sahaja. Mengapa murid-muridnya tidak dianggap Tuhan atau Anak Tuhan juga? Di sini Jesus juga mengakui Bapa (Tuhan) yang mengutusnya. Dia hanyalah utusan Tuhan.

“Atau mungkinkah kamu tidak tahu bahawa seseorang yang bersetubuh dengan pelacur, MENJADI SATU dengan pelacur itu? Di dalam Alkitab tertulis dengan jelas, “Kedua-duanya menjadi satu”. Tetapi seseorang yang menyatukan diri dengan Tuhan, ROH ORANG ITU MENJADI SATU DENGAN ROH TUHAN.”

(Korintus 1 6:15-17)

Berdasarkan ayat ini, adakah “satu” itu bermaksud betul-betul bersatu sebagai satu peribadi? Pasti tidak.

“Inilah kehidupan yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau Tuhan Yang Esa (Satu), dan Jesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu.”

(Yahya 17:3)

Bukankah sepatutnya mengatakan: “…supaya mereka mengenal Aku (Jesus) Tuhan Yang Esa, iaitu Aku yang tidak boleh disuruh oleh sesiapa kerana Aku Tuhan.”

Sokongan The Last Testament- Al Quran:

“Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia, …”

(Surah Al-Baqarah: 163)

Cubaan Dari Segi Logik

Masa ada tiga iaitu masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Isi keluarga ada tiga iaitu bapa, ibu dan anak. Manusia ada tiga eleman iaitu pepejal, gas dan cecair. Udara ada tiga atom iaitu hidrogen, oksigen dan nitrogen. Air ada tiga unsur iaitu pepejal, cecair dan wap. Segitiga ada tiga sisi tetapi tetap satu segitiga.

Permainan ini kita ketepikan dengan mudah. Manusia ada dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki dan lain-lain yang bersifat sepasang. Hari ada dua iaitu siang dan malam. Tempat pembalasan ada dua iaitu syurga ataupun neraka. Setiap tangan yang sihat ada lima jari. Setiap segiempat ada empat bucu tetapi masih segiempat yang satu. Manusia ada satu nyawa, satu otak, satu jantung. Setahun ada empat musim. Seminggu ada tujuh hari dan sebagainya.

Mereka sesuaikan pula dengan kitab Bible. Jesus dimatikan 3 hari. “Kudus” disebut 3 kali (Yesaya 6:3). Tuhan ada 3 oknum iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Nabi Ibrahim dikunjungi 3 malaikat (Kejadian bab 18) dan banyak lagi.

Jawapan kita, Jesus dimatikan 2 malam bukan tiga. Sahabat-sahabat Jesus 12 orang. “Pada mulanya Tuhan menciptakan langit dan bumi.” (Kejadian)- hanya dua iaitu langit dan bumi. Ketika disalib Jesus hanya menjerit “Tuhanku, Tuhanku” dua kali, Gospel-Gospel ada empat dan banyak lagi.

Ringkasnya, hujah-hujah logik seperti itu tidak akan membuktikan triniti.

Pembelaan-pembelaan lain ke atas pegangan Kristian insyaallah akan kita bincangkan dalam buku yang kedua nanti.


Kesimpulan

Tidak boleh beriman secara “buta” atau atas dasar “kasih” sahaja, tetapi mesti menggunakan kekuatan akal fikiran juga untuk menentukan baik buruknya, betul salahnya. Inilah pesan Bible dan juga Jesus.

Sebelum abad ke empat, umat Kristian yang menyembah Bapa sahaja sebagai Tuhan (iaitu para Unitarian) cukup banyak. Sehingga ke hari ini masih ada Kristian Unitari di mana-mana.

Dalam usaha untuk membuktikan triniti, ada pihak-pihak yang sanggup mengubah ayat-ayat Bible menjadikan kitab Bible tidak suci lagi.

Comments
  1. Liz says:

    Triniti..?

    3 dalam 1. Roh Kudus, Tuhan Bapa, Tuhan Anak.

    Anda setuju kah dengan apa yang anda imani sekarang? Emm, tidak bagi saya.
    Kenapa saya katakan tidak?
    Mari kita sama2 buka minda, hati dan perasaan untulk baca apa yang ingin saya buktikan di bawah ini.

    Old Testament: “Akulah yang terdahulu dan Akulah yang kemudian, tidak ada Allah selain
    daripada Aku.” (Yesaya 44:6)

    New Testament: “…bahawa dia Esa dan tidak ada yang lain kecuali Dia.”
    (Marcus 12:31)

    Al-Quran: katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa.” (Al-Ikhlas 1)

    Lihat lagi satu isi kandungan Injil ini..

    Jawab Jesus :”Hukum yang terutama ialah: “Dengarlah hai orang Israel, Tuhan Allah, Tuhan itu Esa. (Marcus 12:12-29)

    Benarkah ayat daripada Marcus itu..?
    Ya ! Memang benar. Menagapa saya katakan benar?
    Kerana terdapat ayat yang mengatakan bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Esa.
    Apakah yang anda tahu tentang Esa wahai saudara?
    Esa bermaksud satu. Tiada yang lain, hanya lah Dia.

    Nah, jika ayat daripada injil sendri mengatakan bahawa Allah itu Esa, mengapa perlu ada ayat2 lain dalam injil yang mengatakan bahawa Allah itu beranak dan diperanakkan..?
    Mengapa Kristian percaya bahawa Jesus itu anak Tuhan Bapa (Allah)?
    Telah jelas dan terbukti di dalam injil Kristian sendiri menyatakan dan mengakui keEsaan Allah, tetapi mengapa masih mengaku Jesus itu anak Tuhan?

    Saya tekan kn di sini, maksud Esa ialah SATU. Tiada dua, tiga dan seterusnya. Hanya lah SATU.
    Bagaimana di dalam kitab injil mengakui keEsaan Allah, padahal umat Kristian dengan seadanya berani menggabungkan Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus?

    Ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa Allah itu hanya SATU, wahai saudara yang dikasihi Allah. Dalam Islam, adalah syirik jika menduakan atau menyembah selain daripada Allah.

    *Harap ada yang membalas setiap komen yang saya tinggalkan pada beberapa tajuk di dalam setiap yang dipostkan ole webmaster ini.
    Sekian,
    Salam…

  2. andreas says:

    semua pernyataan di atas adalah salah…bukannya bapa , anak ,dan roh kudus tp yg berul ialah BAPA , PUTRA , DAN ROH KUDUS…….jikalau kalian tidak faham apa yg terkandung dlm bible tak pyhlh mau ckp mcm2….apa yg terkandung dlm bible adalah suatu misteri………………………… biar saya terang kn…. YESUS ADALAH TUHAN,TUHAN ADALAH YESUS…MAKSUDNYA roh TUHAN ADA DLM TUBUH YESUS DAN ROH TUHAN BESERTA DGNNYA…KERANA YESUS ADALAH ANAKNYA…KERANA TUHAN MAU BUKTIKAN PD MANUSIA YG DIA PERNAH MENJADI SEORANG MANUSIA…MUNGKIN KALIAN X FHM TP DLM KAMI ORANG KRISTIAN….PADA TUHAN TIADA YG MUSTAHIL…KERANA TUHAN ITU MAHA KUASA…..

  3. andreas says:

    WALAUPUN KAMI kristian kami juga mempelajari bab2 dlm al-quran….renungkanlah ini……..

    ISA fainnahu Ruhullahi wakalimatuhu”, “Isa itu Roh Allah Dan Kalimatnya”.
    (Kitab 2002 Mutiara Hadits halaman 356-357).

    sebagaimana Al-Qur’an juga menyatakan:
    “Qaala innamaa ana rasuulu rabbika il ahaba laka ghulaama zakiaa”
    artinya:“(jibril) berkata, “Aku hanyalah utusan Tuhanmu untuk memberikan kepadamu seorang anak laki- laki yang suci” (Surah 19:19)..
    Perkataan Arab untuk “suci” yaitu zakiyya, menunjukkan bahwa Isa Al-Masih sepenuhnya tanpa dosa.

    “Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus.” (QS. Az Zukhruf:61), sementara itu
    dalam (QS Luqman:34) dengan tegas mengatakan bahwa hanya ALLAH saja yang mengetahui hari Kiamat. Lihat dibawah ini.
    “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok . Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (QS Luqman:34). jika ayat ini dibandingkan dengan Az Zukhruf 61 d iatas, maka mendukung kalau Isa adalah Roh Allah itu sendiri.
    Isa adalah Imam Mahdi:“Tidak ada imam Mahdi selain Isa putra Maryam.”
    “Laa mahdia illa Isabnu Maryama.”( Hadits Ibnu Maja)
    Hampir keseluruhan umat Islam telah mengetahui bahwa kelak yang akan membunuh Dajjal adalah Isa Almasih, Dajjal adalah sebuah sebutan untuk Iblis

  4. andreas says:

    tiada siapa yg mengubah apa2 yg terkandung dlm bible…..kalian berkata begitu kerana kalian tidak fhm…..fikirkanlah….bible itu bermaksud BASIC INFORMATION BEFORE LIVING EARTH…..bible bagai suatu misteri

  5. Liz says:

    Bible sebagai satu misteri..?

    Ya, mungkin misteri sehinggakan penulis2 Injil 4 pun tidak dikenal pasti peribadi mereka.
    Fakta saya di atas adalah salah?
    Bagaimana mungkin saudara katakan salah padahal setiap petikan yg saya ambil sebahagiannya adalah dari Bible sendiri ! Mana mungkin saudara menafikan ayat2 kitab saudara sendiri bukan?

    Kata saudara, “KERANA YESUS ADALAH ANAKNYA…KERANA TUHAN MAU BUKTIKAN PD MANUSIA YG DIA PERNAH MENJADI SEORANG MANUSIA…MUNGKIN KALIAN X FHM TP DLM KAMI ORANG KRISTIAN….PADA TUHAN TIADA YG MUSTAHIL…KERANA TUHAN ITU MAHA KUASA…..”

    Jesus adalah anaknya? Ingin sekali lagi saya tegaskan di sini, bahawa Tuhan itu ESA, bermaksud SATU. DIA tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

    Adakah anda tahu sifat2 tuhan? Sifat Tuhan tidak sama seperti manusia. Dan tidak akan pernah sesekali berubah menjadi manusia kerana manusia itu terdedah kepada kesilapan dan dosa, lupa dan alpa dan berjuta2 salah dan silap mereka sebagai manusia.
    Mana mungkin Tuhan boleh berubah menjadi manusia semata2 mahu membuktikan yang DIA pernah menjadi manusia.

    Sebab itu Tuhan mengurniakan akal dan fikiran untuk manusia supaya manusia boleh berfikir dengan logik dan waras tentang keEsaan Tuhan.
    Tuhan tidak perlu berubah menjadi manusia untuk membuktikan kehadiranNYA kerana DIA telah mengurniakan akal fikiran kepada manusia supaya manusia dapat mebezakan baik dan buruk sesuatu kejadian.

    Ya, tiada yg mustahil kerana Tuhan itu Maha Kuasa. Itu benar ! Islam pon tidak menafikan fakta tersebut. Tetapi tidak semua Tuhan perlu tunjukkan atau bagi petunjuk kerana dia telah anugerahkan akal dan otak pada manusia supayta mereka dapat berfikir dengan sebaik2nya.

  6. saya says:

    gunakan akal dan mata hati agar anda semua dapat membezakan kebenaran dan kepalsuan. saya bersetuju dengan pendapat liz.Tuhan itu esa. beerti satu. bagaimana mungkin Tuhan itu berasal daripada seorang manusia sedangkan manusia itu sendiri membawa erti lupa dari konteks insan. bayangkan jika Dia memang berasal dari seorang manusia bererti jadi manusia lain juga boleh berubah menjadi Tuhan apabila membuat banyak kebaikan ? benarkah begitu?? berfikirlah saudara sekaliannya. manusia itu tetap manusia dan tugasnya adalah untuk beribadat… dari segi ibadat, sebenarnya ibadat seseorang itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri,,, boleh kalian perhatikan bagaimana kehidupan orang beribadat itu dengan mereka yang tidak menjalankan ajaran agama masing2.. bila bercerita tentang kepercayaan… kepercayaan itu berasal dari hati dan akal yang memberi ruang untuk menerima apa itu kebenaran sebenarnya. cuma tugas kita adalah untuk mencari kebenaran. moga cahaya hidayah itu diperolehi bagi mereka yang benar2 mencari Tuhannya..

  7. prokatolik says:

    Pendekatan kristologi memang tidak sama dengan pemahaman muslim manakan difahami mereka. Inti sejarah ialah perkataan Nabi Musa, tulisan Nabi Yesaya tentang Yesus dan pengakuan Yesus sendiri berkenaan tulisan/perkataan Nabi terdahulu yang menyebut tentang diriNya Yesus. Pendebat muslim perlu diberitahu tentang kepercayaan (iman) kristian ini. Gereja diasaskan bermula dari kepercayaan ini. Tiada kristian tanpa kepercayaan asas ini.

  8. tenn says:

    triniti..???

    bagi saya..saya percaya istilah triniti tapi mesti dengan fahaman yang betul sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Alkitab mengenai Ketuhanan, tapi fahaman triniti sebagai tuhan 3 dalam 1 atau 1 dalam 3 bukan berdasarkan alkitab kerana fahaman sebegini menyangkal satu2nya Tuhan dan Tuhan Yesus Kristus…

  9. pengikut cinta says:

    kenapa masih lagi ada yang mengatakan Triniti itu itu 3 yang berbeza… sedangkan triniti itu satu…. tak percaya atau percaya itu terpulang kepada individu… tapi saya nak tanya satu soalan terutamanya LIZ….

    Contohnya : “Bapa kamu seorang bapa. Yang kamu panggil bapa. Dia bekerja untuk menyara hidupnya sebagai seorang Pegawai Tadbir di satu organisasi. Di waktu riadahnya dia adalah seorang kapten pasukan bolasepak yang dianggotainya.” Jadi bapa kamu itu adalah seorang bapa, seorang pegawai tadbir dan seorang kapten pasukan bolah… adakah dia tiga orang yang berbeza… tentunya tidak… dia masih bapa mu yang tunggal…

    ini baru manusia biasa seperti kita yang berdosa… boleh melakukan 3,4, 5 100 kerja/jawatan sekaligus… tetapi masih satu… kenapa kamu mempersoalkan Triniti Yang Suci lagi Kudus ini menggunakan pemikiran kamu hanya sebagai seorang manusia ciptaannya… untuk mempercayainya… mungkin kamu tak dapat… untuk mempertikaikannya… kamu tak layak…untuk tidak percaya kepada Nya… kamu dapat… tapi untuk mengikutinya…. kamu telah mengikutinya selagi kamu ada rasa cinta… kerana firmannya penuh dengan CINTA KASIH YANG SUCI… peace be with you

  10. Bebasss says:

    Sy keliru n nk tau..nabi yg d agung2kn org islam 2 dr mna ya?jatuh dr langitke??? Atau itu yg d mksdkn ‘utusan’ allah??

  11. Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

    Kepada Liz, saya menghormati Islam sepertimana saya menghormati agama Kristian. So, biarlah pemahaman kita berbeza kerana itu pasti, sebab apa?? sebab saya Kristian dan awak Islam, saya Bidayuh dan awak Melayu. Tetapi kerana awak inginkan logika, maka saya nak tanya pendapat awak tentang ayat-ayat dari Al-quran ini:

    (Surah Al-Anbiya’ 21:105-110)
    (105) Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”.
    (107) Dan TIADALAH KAMI MENGUTUSKAN ENGKAU (wahai Muhammad), melainkan untuk MENJADI
    RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM

    1.“al-Baqarah” ayat 39 “Adapun orang-orang yang KAFIR dan MENDUSTAKAN ayat-ayat Kami (Allah), mereka itu penghuni neraka; mereka kekal didalamnya”

    “Demikianlah Kami bacakan kepada engkau (ya Muhammad) beberapa ayat dan Kitab yang hakim (berisi hikmah)” (Surah Ali Imran: 58)

    So saya nak tanya Liz dan sahabat Islam yang lain. Kalau kamu perhatikan ayat2 diatas, mungkin kamu tak sedar apa yang kamu orang baca selama ini ada hubung kaitnya dengan ajaran kami. Kenapa? Bukankah ayat-ayat diatas adalah Firman Allah dan Allah itu satu, mengapa dalam ayat diatas Allah mengunakan perkataan “Kami” untuk membahasakan diri-Nya??? You all boleh jawap ke??? Rasanya tidak. Dan saya pun tak mau memeningkan kepala kamu semua untuk menjawabnya. Sebab apa yang tertulis itu tidak boleh diubah.

    Yang saya mengharapkan dari sahabat2 Islam hanyalah supaya anda semua menghormati agama kami. Dan begitu juga saya akan membantah sekeras-kerasnya jika ada orang Kristian yang menghina agama Islam. Kita semua umat Allah. Hanya Allah yang maha mengetahui akan segala ciptaan-Nya.

    Wassalam dan salam Damai diatas nama Allah. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.

    Freedy anak misid (Email – freddymisid@yahoo.com)

  12. Begitulah HEBAT-Nya Allah itu, sampai akal kita pun tidak akan dapat menegetahui dan mengukur sejauh manakah keperibadian-Nya.

    So sama2lah kita berdoa, bertakwa dan beriman kepadanya yang MAHA ADIL dan MAHA MENGETAHUI mengikut kepercayaan masing2. Sebab kita umat manusia berpandukan agama untuk mendekati-Nya. Ada baiknya kita sama2 memikirkan apakah yang lebih baik untuk kita lakukan sesama umat sejagat.

    Saya bukanlah orang Ulama ataupun Paderi. Tetapi saya amat menyintai kasih damai sesama manusia dan bagi saya, saling hormat-menghormati adalah jalan yang terbaik untuk kita menjaga kerohanian, kesucian dan keharmonian duniawi ini. Dan yang selebihnya terserah kepada Allah yang MAHA ESA.

    Di akhir kata, sepuluh jari aku memohon ampun dan maaf sekiranya saya terkasar bahasa atau mnyingung perasaan siapa-siapa diantara kamu. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.
    Semoga tatapan ini menjadi TIANG hormat diantara dua agama terhebat BUMI ini iaitu “ISLAM dan KRISTIAN” supaya kita saling hormat dan bantu membantu diantara satu sama lain.
    Wassalam dan salam damai.

    Freedy anak Misid

    • astroboy says:

      Saya Amat Heran…. kenapa harus ketiga tiga agama ini (Yahudi,Kristian & Islam) suka sahaja ingin menjadi seorang munafik (Hipokrit) di mana mereka suka memterjehmahkan sesuatu ayat (dari kitab) itu kepada suatu kesimpulan yang mana mereka sendiri pun tidak pasti apa yang mereka katakan….. menakutkan kiranya kamu ini adalah guru-guru atau nabi-nabi palsu yang akan muncul seperti terkandung dalam kitab wahyu …. sekian

      • Freedy Misid says:

        Kepada saudara astroboy,

        Sepuluh jari saya memohon maaf kiranya ada kata-kata saya yang mungkin mengguris pemikiran saudara. Tiada maksud tersirat di hati untuk menyesatkan mana-mana pihak. Saya hanya syorkan supaya kita semua sama-samalah menyayangi dan menghayati agama kita masing-masing. Terlalu banyak perkara yang berlaku di luar kotak pemikiran kita sebagai manusia ini. Sama-samalah kita mencari arah tuju yang kita rasa selesa, buat dgn ikhlas dan sudah tentunya tidak menyingung mana-mana pihak.

        Harap maklum.

  13. razali omar says:

    Salam……

    Saya ada banyak pertanyaan dan juga persoalan yg memerlukn jawapan yg seikhlas mungkin dari kalian semua………saya memerlukan huraian yang lebih mendalam mengenai beberapa petikan ayat yang saya perolehi berdasarkan apa yang telah saya baca di atas…

    petikan ayat yang pertama:

    “Sebab banyak yang dipanggil, tetapi sedikit saja yang terpilih.”

    (Matius 22: 14)

    petikan ayat yang ke 2:

    “Kamu mempunyai mata, tidakkah kamu melihat dan kamu mempunyai telinga, tidakkah kamu mendengar? Tidakkah kamu ingat lagi.”

    (Markus 8: 18)

    p/s-soalan saya untuk petikan ke 2 ini adalah mengenai pernyataan “Tidakkah kamu ingat lagi”…..apa yang dimaksud oleh pernyataan tersebut?

    petikan ayat yang ke 3

    “Tak seorangpun dapat mengabdikan dirinya kepada dua tuan. Karena jika demikian, ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada yang seorang dan
    tidak mengindahkan yang lain.”

    (Matius 6: 24)

    untuk permulaan saya hanya ingin bertanyakan mengenai 3 pernyataan di atas terlebih dahulu…….sebenarnya masih banyak yang ingin saya tanya…..tetapi biar lah dahulu sekadar cukup hanya 3 soalan untuk kali ini…..harap ada yang sudi membantu saya menjelaskan apa yang ingin saya ketahui……kepada kalian yang ingin membantu saya dalam menjelaskan perkara ini sila lah hantar kan e-mel ke alamat saya iaitu:-

    laxmana86@hotmail.my…..

  14. Mujahid says:

    Al-Quran itu diturunkn dalam bahasa Arab.Jadi segala perbendaharaan kata adalh dlam bahasa arab.Cube korang tanyakan kepada orang Arab mengapa perkataan ‘Kami’ itu terdpat dialam Al-Quran.? Orang2 Arab Jahiliah sentiasa mengistilah diri mereka dengn perkataan ‘kami’ bagi menunjukkan orang itu mempunyai kuasa dan pengaruh yg besar dan kuat terutama bagi pembesar2 dan ketua2 suku puak Arab Jahiliah.Perkataan ‘kami’ digunakan didalm Al-Quran menunjukkan yg Allah adalah sngat berkuasa ,Maha Hebat, dan lain2 lagi dan bukan menunjukkan yg ‘kami’=bapa,anak,roh kudus. So.jangan salah anggap dan buat penilaian sendiri. Rajin2 lh study bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab, orait.!

  15. mai says:

    ”The New Revised Standard Version, The New American Standard Bible, New English Bible, Philips Modern English Bible dan sebagainya…..” saya nak tanya sikit, berapa byk versi injil dalam dunia sekarang.. harap harap tuan dapat membantu

    • hambaMu says:

      Terdapat lebih 33,800 aliran kristian di seluruh dunia. (laporan Nesweek April 2000)
      Jumlah versi kitab tidak pasti
      Sila betulkan hambaMu ini jika angka diatas salah.

  16. Saif Al Islam says:

    Tiada petunjuk & hidayah yang benar melainkan dari Allah jua, melalui Jibril AS kepada Rasul & Nabi yang mulia. Sesungguhnya telah jelas kebenaran mengalahkan kebatilan. Barangsiapa yang mencari keselamatan & keredhaan selain dari Allah, mencari agama selain dari Islam maka sia-sialah apa yang dilakukannya sepanjang hidupnya di atas muka bumi Allah ini. Wahai pengikut Kristian Katolik yang saya hormati, aku mengajak kalian kembali kepada fitrah manusia. Yakni Islam adalah agama yang diredhai disisi Allah, saksikanlah Tiada Tuhan selayaknya disembah melainkan Allah & saksikanlah Muhammad itu adalah Rasul & Nabi Allah yang terakhir. Ya Allah Engkau menjadi saksi diatas seruanku ini. Aku mendoakan semoga kalian mendapat petunjuk & hidayah untuk menerima Islam. Amin…

    • alex stephen says:

      saif, anda bebas utk menyatakan pendirian iman anda. sangat sedih melihat muslim tidak belajar ttg alkitab dan sejarah kristian. neutralkan dirimu, lupakan sebentar pasal undang-undang persekutuan dan cuba berfikir di pihak kristian kenapa mereka mempertahankan iman kristian mereka.

  17. laizenly says:

    Bagi saya mengapa Yahudi dan Islam sukar untuk memahami Konsep KeTuhanan Kristian, Kerana Pemahaman mereka Akan Tuhan hanya berdasarkan wahyu para Nabi yg jg manusia dan mereka jg tidak pernah melihat Allah… Namun Kepahaman Kristian akan Konsep keTuhanan adalah dr Tuhan itu sendiri… makanya ia lebih mendalam dan sukar dipahami. .

  18. Salam sejahtera buat semua..

    Buat sekian lamanya isu triniti ini telah menjadi persoalan yang besar dalam kehidupan saya. Manakan tidak, 3 peribadi digabungkan menjadi 1. Adalah mustahil lagi sukar diterima oleh akal yang sihat 3 peribadi menjadi 1 peribadi. Jelas lagi bersuluh Yesus,sang Isa Al-masih menyatakan bahawa Dia hanya utusan Allah. Dan Yesus sendiri menyeru sekalian umatNya suatu masa dahulu untuk menyembah hanya pada yang 1 iaitu Allah. Malangnya berlaku penyelewengan selepas Yesus dikatakan mangkat, bangkit & diangkat ke syurga.

    Sedikit masa yang lalu, triniti menjadi persoalan ekoran daripada isu permohonan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama kristian. Bagaimana harus permohonan itu diterima sekiranya kristian itu sendiri membenarkan penggunaan triniti yang mana bercanggah dengan pengertian 1 tuhan.

    Istilah triniti tidak seharusnya wujud kerana secara terang-terangan telah melanggar ajaran Yesus iaitu menyembah hanya pada Allah @ dalam bahasa alkitab Bapa di syurga. Mengagungkan @ menjadikan Yesus sebagai Tuhan tidak sepatutnya berlaku. Bagaimana mungkin seorang anak manusia boleh diangkat menjadi Tuhan? Keyakinan apakah ini? Yakinlah & terimalah kenyataan bahawa Yesus cuma seorang Nabi yang diutus oleh Allah.

    Mungkin agak tidak sopan & keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa alkitab injil sudah tercemar dengan unsur-unsur yang tidak sepatutnya,di tokok tambah,mengelirukan & meragukan. Maafkan saya tapi itulah yang berlaku. Persoalannya,bagaimana boleh terjadi perbezaan yang ketara antara alkitab cetakan 1960an dengan alkitab cetakan 2012? Bukankah alkitab itu sepatutnya bersifat benar & isi kandungannya tetap sama sampai bila-bila? Kerana setiap ayat itu datang dari Allah? Adakah Yesus @ Para Rasul masih bernubuat tentang alkitab? Sehinggakan cetakan baru harus dilakukan atau ada tangan-tangan nakal yang sengaja merosakkan? Jika begitu di mana letaknya keaslian sebuah alkitab?

    Saya percaya setiap kita yang hidup di muka bumi ini mencari kebenaran,kerana itulah tugas utama kita selagi masih hidup. Esok bila diadili kita siap untuk bersoal jawap.

    Cumanya agak menyedihkan umat kristian masa kini rata-rata telah menyimpang jauh dari ajaran yang sepatutnya. Yang haram dihalalkan,yang wajib dilakukan tidak pula menjadi amalan. Sungguh, ia sangat menyedihkan.

    Renung-renungkanlah bagaimana keadaan ini boleh terjadi..
    1) daging khinzir itu dikatakan haram dalam alkitab tapi mengapa ia tetap menjadi makanan harian?
    2) bersunat @ berkhatan itu dikatakan harus dalam alkitab tapi kenapa rata-rata umat kristian masa kini tidak melakukannya?
    3) Yesus melarang menyembah berhala.yakni patung2 & gambar. Tapi kenapa terdapat patung2 & gambar di dalam gereja & rumah-rumah penganut kristian? Bukankah ia telah menyekutukan Allah?
    4) arak itu haram seperti yang termaktub dalam alkitab. Tapi rata-rata penganut kristian tidak mengendahkannya malah galak meneguk air arak.
    5) bagaimana sebenarnya cara sembahyang penganut kristian? kerana dalam alkitab tidak diperincikan. Kenapa harus “tanda salib”? Sepanjang Yesus hidup di muka bumi tidak sekali-kali Dia mengajarkan “tanda salib” sebelum & selepas bersembahyang. Apa yang Dia lakukan hanya pergi ke tempat yang sunyi,berlutut,menadah tangan & berdoa kepada Allah.

Leave a reply to Bebasss Cancel reply