Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Saya yakin pandangan pihak gereja katolik tidak salah di tajuk di atas. Sebab itulah apabila isu perkataan Allah dibangkitkan, pihak gereja sangat berusaha menuntutnya. Jika bukan isu ini jadi bahan kecoh politik dan bantahan muslim Malaysia tentu pada masa ini isu itu sudah selesai.

Apakah topik ini sesuai sebagai topik permulaan? Siapa boleh beri cadangan? Mari mulakan jika tiada bantahan.

Salam sejahtera semua. Blog ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan dialog antara kristian dengan muslim. Apabila perkatakan kristian, ianya bukan merujuk kepada triniti sahaja atau katolik sahaja tetapi lebih dari itu. Harus difahami bahawa kristian itu bukan hanya gereja katolik tetapi lebih dari pengetahuan saya sendiri. Saya menyenaraikan dinominasi kristian itu 20 tetapi rupanya lebih dari 20. Inilah yang menjadi masalah apabila berdepan dengan muslim. Pihak kristian mempunyai berbagai-bagai pemahaman yang berbeza sehingga mencerminkan pandangan sinis dari sudut sahabat muslim kita. Saya pemilik blog ini adalah dari gereja katolik. Saya dibaptis sejak kecil dan menerima sakramen penguatan pada tahun 2000.

Kenapa saya gelar blog ini Prokatolik? Kerana dalam membidas fakta, saya lebih dekat dengan cara kristian katolik. Dan saya tidak mempunyai maklumat yang banyak tentang kristian dinominasi lain. Kalaupun ada, melalui carian di internet dan maklumat dari rakan terdekat. Sekian. Harap blog ini memberi manfaat yang baik kepada kita semua. Kepada rakan-rakan blogger dari mana pun fahaman agama, diharapkan dapat mejaga tatasusila yang baik kerana tulisan yang mencaci maki atau lari dari topik perbincangan blog ini akan dipadamkan. Untuk makluman juga, blog ini tidak berniat negatif tetapi sejujurnya mencari persefahaman demi memajukan negara kita Malaysia. Apabila perlembagaan katakan isu agama adalah isu sensitif, semua orang takut membincangkannya sehinggakan berlaku perkara yang tidak diingini. Semoga blog ini menjadi medan dialog yang baik dan membuka jalan kepada perbincangan yang lebih luas dari pihak atasan masing-masing.

Hello world!

Posted: June 23, 2010 in Uncategorized

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!