Sumber:
 
Apakah Injil Barnabas sahih atau palsu? 

Pengenalan

Umat Kristian sejak awal lagi mempercayai bahawa keempat-empat kitab Berita Baik (Injil) yang disampaikan oleh Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes adalah diilhamkan oleh Roh Allah, dan mengandungi keterangan yang sah tentang riwayat serta karya Tuhan Yesus dan merupakan Berita Baik bagi dunia. Kitab-kitab ini disebut Berita Baik (Injil) yang disampaikan oleh Matius, Markus, Lukas dan Yohanes.

Sebaliknya, agama Islam mendakwa bahawa kitab Berita Baik (Injil) orang Kristian tidak sah. Menurut dakwaan sesetengah orang Islam, sebuah buku yang berjudul injil Barnabas, kononnya ditulis pada abad pertama (1 T.M.) oleh Rasul Barnabas dan dikatakan bahawa inilah injil sebenar yang diberikan oleh Yesus. Perkara yang menghairankan adalah buku ini hanya muncul pada abad ke-18 T.M.!

Artikel ini bukan bertujuan menyindir sesiapa tetapi untuk memaparkan kenyataan supaya kebenaran dapat dibezakan daripada kepalsuan dan agar kebenaran akan dipercayai.

Tuhan Yesus berkata dalam Yohanes 8:31,32,36, “… Jika kamu taat kepada ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku. Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan … Oleh itu, jika Anak membebaskan kamu, kamu benar-benar bebas.”

Mula-mula akan dijelaskan sebab-sebabnya mengapa sesetengah umat Islam menyanjung tinggi buku yang berjudul injil Barnabas. Kemudian kita akan melihat bahawa tiada apa-apa bukti yang menunjukkan buku ini dikarang oleh Rasul Barnabas. Kita akan melihat bukti-bukti yang menunjukkan buku yang berjudul injil Barnabas adalah palsu dan tidak mungkin dikarang lebih awal daripada abad ke-14 T.M.

Sebab-sebab mengapa buku berjudul injil Barnabas dihargai oleh sesetengah orang.

Walaupun terdapat banyak sebab tetapi semua itu dapat diringkaskan kepada dua sebab:

1. Keterangan tentang kehidupan Tuhan

Yesus seperti yang tercatat dalam injil Barnabas ada banyak persamaan dengan keterangan yang terdapat dalam Al-Quran. Injil Barnabas menyatakan bahawa Yesus bukan Anak Allah, bukan Penyelamat (Mesias) dan tidak disalibkan.

Bagi orang Islam, tidak terdapat banyak bukti untuk menyokong ajaran Al-Quran apabila ajaran Al-Quran bertentangan dengan Alkitab. Misalnya Al-Quran menyatakan bahawa Yesus tidak disalibkan. Bagaimanapun, oleh sebab Al-Quran ditulis lebih kurang 600 tahun selepas peristiwa kematian Tuhan Yesus, maka dakwaan Al-Quran ini tidak berasas.

Injil Barnabas menceritakan bahawa Yesus tidak disalibkan, melainkan orang lain yang disalibkan untuk menggantikan tempat-Nya. Cerita ini digunakan untuk menyokong dakwaan yang terdapat dalam Al-Quran.

Buku ini juga mencaci dan mengecam Rasul Paulus dan pelayanannya. Buku ini amat pro-Islam. Isi kandungannya berlainan sekali dengan Berita Baik (Injil) yang terdapat dalam Alkitab. Maka tidak hairanlah jika buku ini diterima oleh orang Islam dan dianggap mereka sebagai injil yang sebenar.

2. Injil Barnabas kononnya mengandungi ‘nubuat’ tentang kedatangan Muhammad.

Umat Islam percaya bahawa kedatangan Muhammad dinubuatkan dalam Alkitab. Nas Al-Quran yang menyokong kepercayaan mereka ini adalah Surah 7:157:
“… orang-orang yang mengikuti rasul, nabi yang ummin yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka.”

Jika ayat ini benar, maka kita seharusnya mendapat banyak rujukan tentang nabi Muhammad dalam nubuat-nubuat yang terdapat dalam Taurat (Kitab Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan) dan Berita Baik (Injil) yang disampaikan oleh Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes. Para sarjana Islam asyik mencari nubuat-nubuat ini untuk melandaskan kepercayaan mereka bahawa kedatangan Muhammad memang dinubuatkan. Implikasi daripada nas Al-Quran adalah nubuat-nubuat ini akan mudah ditemui. Tetapi sarjana Islam hairan apabila mendapati bahawa Yesus Kristus dan bukan Muhammad yang dinubuatkan dalam Alkitab.

Sementara sesetengah sarjana Islam masih mencari-cari dalam berita Baik (Injil) dengan harapan mendapat nubuat-nubuat yang sesuai untuk menyokong dakwaan Al-Quran, sesetengah umat Islam melihat injil Barnabas sebagai jawapan kepada usaha mereka. Dengan itu, alasan mereka adalah Alkitab Kristian telah ditukar dan diubah oleh manusia dan injil Barnabas sahaja injil yang sebenar.

Bukti-bukti kepalsuan “injil” Barnabas.

Bagi orang yang inginkan kebenaran, tidaklah menjadi masalah untuk mengetahui bahawa buku yang berjudul “injil Barnabas” ini adalah injil yang palsu. Sebenarnya sarjana-sarjana Kristian dan juga sarjana-sarjana Islam yang sungguh-sungguh, bersetuju bahawa buku ini adalah injil yang palsu, yang dikarang oleh seorang yang beragama Islam, dari Italia pada abad ke-14.

Injil Barnabas bercanggah dengan Al-Quran.

Para sarjana Islam yang sungguh-sungguh akan menolak buku ini kerana keterangannya bercanggah dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran. Penulis injil Barnabas, dalam usahanya menulis sebuah buku untuk menyokong keterangan yang terdapat dalam Al-Quran, telah membuat banyak kesilapan, dan akhirnya hasil usahanya bercanggah dengan Al-Quran. Percanggahan-percanggahan ini harus menyedarkan orang Islam akan kepalsuan buku ini kerana jika mereka mengakui injil Barnabas itu sahih, maka secara tidak langsung mereka mengatakan bahawa Al-Quran adalah salah.

Bagi maksud kita di sini, cukuplah untuk melihat beberapa contoh percanggahan antara Al-Quran dan injil Barnabas.

i) Dalam beberapa petikan dari injil Barnabas, Yesus dikatakan menyebut nabi Muhammad sebagai Penyelamat (Mesias). Hal ini tidak mungkin berlaku dan mereka yang membaca Al-Quran tahu bahawa gelaran “Al-masih” atau “Mesias” diberikan kepada Yesus dan bukan Muhammad.

Barnabas 96:
“… Yesus menjawab: Demi Allah yang hidup, di hariat-Nya aku berdiri, aku bukanlah Mesias yang ditunggu-tunggu oleh bangsa-bangsa dunia ini.”

Surah 5:72:
Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata “sesungguhnya Allah ialah Al-Masih Putra Mariam, pada hal Al-Masih (sendiri) berkata: Hai bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhan-Mu.”

Dalam injil Barnabas, penulisnya menulis tentang sembilan langit pada hal Al-Quran hanya menyebut tujuh langit.

Barnabas 178:
“… Firdaus sangat besar sehingga tiada manusia dapat mengukurnya. Sesungguhnya saya kata kepadamu bahawa langit adalah sembilan, di antara mana terletak cakrawala-cakrawala…”

Surah 2:29:
“Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan berkehendak (menciptakan) lalu dijadikannya tujuh langit.

Penulis injil Barnabas menyatakan bahawa Mariam semasa memperanakkan Yesus tidak mengalami kesakitan. Hal ini bercanggah dengan Al-Quran yang menerangkan tentang kesakitan Mariam semasa kelahiran Yesus.

Barnabas 3:
“… (Mariam) dikelilingi oleh cahaya yang amat terang dan melahirkan anaknya dengan tanpa merasa sakit, lalu membalutnya dengan kain dan meletaknya di atas palung…”

Surah 19:23:
“Maka Mariam mengandungnya lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu di tempat jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia pada pohon kurma. Dia berkata ‘Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak bererti, lagi dilupakan’.”

Bagi orang Kristian, percanggahan injil Barnabas dengan Al-Quran bukanlah sebab utama mengapa kita menolak injil Barnabas, kerana bagi orang Kristian, Alkitab sahajalah Firman Allah. Kita menolak injil Barnabas ini kerana isi kandungannya tidak mungkin dikarang oleh Rasul Barnabas dan fakta-fakta yang terdapat dalam buku itu bercanggah dengan fakta sejarah, dan Rasul Barnabas tidak mungkin membuat kesilapan-kesilapan itu.

Kandungan injil Barnabas tidak mungkin dikarang oleh Rasul Barnabas.

Marilah kita lihat siapakah Barnabas itu sebenarnya untuk mengetahui sama ada dia yang menulis buku yang berjudul injil Barnabas. Nama Barnabas pertama kali disebut dalam Kisah Para Rasul. Dia seorang yang kaya, orang Lewi yang peramah dan penyayang, teman Paulus, dan seperti Paulus diberikan gelaran rasul. Kisah Rasul-Rasul 4:36, 9:26, 27; 11:22,24,25,30; 12:25; 13:1,50; 14:12; 15:36,39; 1 Korintus 9:6; Galatia 2:1,13; Kolose 4:10.

Penulis buku injil Barnabas menghentam hebat pengajaran-pengajaran Paulus terutamanya tentang penyaliban, kematian dan kebangkitan Tuhan Yesus, dan kepercayaan Kristian bahawa Yesus ialah Anak Allah. Buku itu pada keseluruhannya mengandungi bahan-bahan kepercayaan yang bertentangan dengan kepercayaan Paulus. Bolehkah Rasul Barnabas yang sebenar mengarang buku itu?

Kita melihat dalam Kisah 9:27 bahawa semasa Paulus datang ke Yerusalem, Barnabas itulah yang mengakuinya sebagai pengikut Yesus.

Kisah 9:27
Kemudian Barnabas menyambut dia dan membawa dia kepada rasul-rasul. Barnabas memberitahu mereka bahawa Saulus sudah melihat Tuhan dalam perjalanan ke Damsyik, dan bahawa Tuhan sudah berkata-kata kepadanya. Dia juga memberitahu mereka bahawa dengan berani Saulus mengajar di Damsyik demi nama Yesus.

Barnabas dan Paulus bersama-sama memberitakan Yesus sebagai Anak Allah dan tentang bagaimana Allah membangkitkan Yesus dari antara orang mati. (Kisah 13:33)

Dari keterangan-keterangan yang ada, jelaslah bahawa Rasul Barnabas bukan penulis buku injil Barnabas. Orang lain telah mengarang buku itu dan menggunakan namanya dengan maksud mengelirukan orang.

Kesilapan fakta yang tidak mungkin dilakukan oleh Rasul Barnabas.

1. Apabila kita memeriksa sejarah Barnabas, kita akan mendapati bahawa dia muncul di kalangan rasul-rasul selepas kebangkitan Yesus. Namanya yang asal ialah Yusuf (Kisah 4:36). Oleh sebab kasihnya dia telah menjual sebidang tanah miliknya dan menyumbangkan hasil jualan itu kepada rasul-rasul untuk dibahagikan kepada orang yang memerlukan bantuan.

Perbuatan kasih Barnabas itu sangat menggalakkan orang Kristian, sehingga rasul-rasul pun memberinya gelaran “Barnabas” yang bermakna “anak penggalak”. Maka Barnabas hanya dipanggil Barnabas selepas kebangkitan Tuhan Yesus.

Penulis injil Barnabas membuat satu kesilapan yang besar apabila dia menulis bahawa Barnabas adalah salah seorang daripada dua belas rasul yang selalu bersama-sama Yesus semasa pelayanan-Nya, dan Barnabas dipanggil dengan nama Barnabas oleh Yesus sendiri.

Kisah 4:36
Begitu juga halnya dengan Yusuf. Dia seorang keturunan Lewi yang lahir di Siprus. Rasul-rasul juga menyebut dia Barnabas (yang bererti penggalak).

Barnabas 19
Yesus menjawab, “Jangan susah hati, Barnabas, kerana mereka yang dipilih Allah sebelum ciptaan dunia ini tidak akan binasa…”

2. Penulis “injil Barnabas” menyatakan bahawa Yesus selalu menafikan bahawa Dialah Mesias. Tetapi dalam buku itu Yesus juga disebut “Kristus”.

Barnabas (Pengenalan P):
Barnabas, rasul Yesus orang Nazarene yang disebut Kristus, kepada semua mereka yang diam di bumi yang mengingini damai sejahtera dan penghiburan.

Perkataan “Kristus” sebenarnya adalah terjemahan Yunani untuk perkataan Mesias (ertinya Penyelamat) dan “Yesus Kristus” bermaksud Yesus Mesias. Percanggahan dalam pernyataan penulis yang menyatakan Yesus bukan Mesias tetapi adalah Kristus, membongkarkan kepalsuan buku itu.

3. Dalam injil Barnabas, ada disebut tentang tahun Yobel. Pada masa nabi Musa, Allah telah menetapkan supaya orang Yahudi merayakan tahun Yobel setiap lima puluh tahun. Ada tertulis dalam Imamat 25:10,
“Dengan demikian kamu mengkhaskan tahun yang kelima puluh, dan mengisytiharkan kebebasan kepada segenap penduduk negeri …”

Akan tetapi dalam injil Barnabas 82, dikatakan bahawa “di seluruh dunia, tahun Yobel yang dirayakan setiap seratus tahun akan diubah oleh Mesias kepada setiap tahun di segala tempat.”

Di sini ada satu kesilapan fakta yang sangat ketara. Tahun Yobel yang dirayakan setiap lima puluh tahun dikatakan dirayakan setiap seratus tahun. Dengan itu, kesilapan yang sangat ketara ini memungkinkan kita mengandaikan abad keberapa buku ini ditulis. Pada tahun 1300 T.M. Paus Boniface VIII, ketua gereja Katolik telah mengeluarkan perintah supaya tahun Yobel ini dirayakan setiap 100 tahun. Selepas Paus Boniface VIII meninggal dunia, Paus Clement VI memberikan perintah pada tahun 1343 T.M. supaya perayaan tahun Yobel diubah semula kepada sekali dalam 50 tahun, sama seperti kekerapan yang diikuti pada zaman Musa.

Dengan latar belakang ini, kita boleh menyimpulkan bahawa penulis buku injil Barnabas hanya tahu tentang perintah Paus Boniface VIII. Perkara ini membuktikan bahawa penulis itu hidup pada zaman Paus Boniface VIII atau selepas itu. Kesimpulan yang ketara adalah injil Barnabas tidak mungkin ditulis lebih awal daripada abad ke-14 dan semua nubuat yang terkandung di dalamnya tentang kedatangan Muhammad adalah palsu kerana buku itu ditulis selepas kedatangan Muhammad.

Kesimpulan

Bukti-bukti yang ada jelas membuktikan bahawa injil Barnabas tidak mungkin ditulis lebih awal daripada abad ke-14 T.M. Rasul Barnabas bukan penulisnya. Seorang yang mempunyai pengetahuan yang cetek tentang agama Kristian dan yang beragama Islam telah menulisnya untuk mengelirukan orang ramai.

Buku itu mempunyai banyak percanggahan yang membongkarkan kepalsuan buku itu. Orang Islam juga harus menolak buku itu kerana keterangan dalam buku itu tidak serasi dengan keterangan dalam Al-Quran.

Galatia 1:8
Jika kami, ataupun malaikat dari syurga mengkhabarkan berita baik yang berlainan daripada Berita Baik yang telah kami khabarkan kepada kamu, biarlah orang itu dihukum oleh Allah.

Bagi orang Kristian, kita harus berpegang kepada Injil yang terdapat dalam Alkitab yang terkandung dalam kitab Berita Baik (Injil) yang disampaikan oleh Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes, bahawa Tuhan Yesus, Anak Allah telah datang ke bumi ini dan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, Dia telah membuka satu-satunya jalan bagi kita kepada Allah Bapa di syurga. Bagi setiap orang yang percaya kepada-Nya diberi-Nya kuasa untuk menjadi anak-anak Allah (Yohanes 1:12). Inilah Injil yang sebenar.

Monday, December 17, 2007

Sumber:
Martir – Penderitaan dan kematian Rasul-Rasul Kristus
1. Matius meninggal dunia, karena disiksa dan dibunuh dengan pedang di Ethiopia.

2. Markus meninggal dunia di Alexandria (Mesir), setelah badannya di seret hidup-hidup dengan kuda melalui jalan-jalan yang penuh batu sampai ia menemukan ajalnya.

3. Lukas meninggal dunia di gantung di Yunani, setelah ia berkhotbah di sana kepada orang-orang yg belum mengenal Tuhan.

4. Yohanes di goreng dalam bak minyak mendidih di Roma, tetapi karena Tuhan masih ingin memakai Yohanes lebih lanjut, maka keajaiban terjadi sehingga walaupun ia telah di goreng hidup-hidup, ia bisa hidup terus. Tetapi akhirnya ia dibuang dah diasingkan ke pulau Patmos untuk kerja paksa di tambang batubara. Pada saat ia berada di sana, ia mendapatkan wahyu sehingga ia bisa menulis kitab WAHYU. Kemudian ia dibebaskan dan akhirnya kembali menjadi uskup di Edessa (Turki). Ia adalah satu-satunya Rasul yg bisa mencapai lanjut usia dan meninggal dengan tenang.

5. Petrus telah di salib dengan kepala di bawah. Kayu salib untuk Petrus dipasang berbeda, ialah seperti huruf X. Ia merasa tidak layak untuk mati dan disalib seperti Tuhan Yesus.

6. Yakobus saudara tiri dari Tuhan Yesus dan pemimpin gereja di Yerusalem, dilempar kebawah dari puncak bubungan Bait Allah, di tempat yg sama di mana setan membawa Yesus untuk digoda. Ia meninggal dunia setelah dilempar dari tempat tersebut.

7. Yakobus anak Zebedeus adalah nelayan dan murid pertama Yesus yg dipanggil, ia dipenggal kepalanya di Yerussalem. Pada saat-saat disiksapun, ia tidak pernah menyangkal TuhanYesus, bahkan ia berusaha berkhotbah trus, bukan hanya kepada tawanan lainnya saja, bahkan kepada orang yg menghukum dan meyiksa dia dengan kejamnya. Sehingga akhirnya orang Romawi itu mendampingi Yakobus pada saat ia di hukum penggal, bukan sekedar hanya untuk menyaksikan, melainkan juga untuk turut dihukum dan dipenggal bersama dengan Yakobus. Pada saat ia mau menjalani hukuman mati, ia berlutut bersama di samping Yakobus, sambil berdoa, itu adalah doa nya yg terakhir, sebelum ia mati dipenggal bersama Yakobus sebagai orang Kristen.

8. Bartolomeus yang lebih di kenal sebagai Natanael ia menjadi misionaris di Asia, antara lain ia memberikan kesaksian di Turki. Ia meninggal dunia di Armenia setelah ia mendapat hukuman cambuk sehingga semua kulitnya menjadi hancur dan terlepas.

9. Andreas juga di salib seperti Petrus dengan cara X di Yunani. Sebelum meninggal, ia di siksa dengan hukum cambuk oleh tujuh tentara dan diikat di salib. Dengan cara demikian mereka bisa memperpanjang masa sakit dan masa siksaannya. Seorang pengikut Andreas yg turut menyaksikan hukuman Andreas menceritakan perkataan yg telah di ucapkan oleh Andreas sebelum meninggal dunia : “Ternyata keinginan dan cita-cita saya bisa terkabul, dimana saya bisa turut merasakan saat-saat disiksa dan disalib seperti Yesus”.
Bahkan pada saat ia disiksapun tiada henti-hentinya ia berkhotbah terus, dua hari sebelum ajalnya tiba. Berkhotbah sambil dihukum cambuk.

10. Thomas dilempar ke dalam perapian, tetapi karena masih tetap hidup, dia dihujani dengan tombak hingga mati. Dia mati di India.

11. Yudas saudaranya dari Tuhan Yesus dihukum mati dengan panah, karena ia tidak bersedia untuk mengingkari Yesus.

12. Matias, Rasul pengganti Yudas Iskariot mati dihukum rajam dan akhirnya dipenggal kepalanya.

13. Paulus disiksa degan sangat kejam dan akhirnya dipenggal kepalanya oleh Kaisar Nero di Roma pada tahun 67. Rasul Paulus adalah yg paling lama mengalami masa siksaaan di penjara. Kebanyakan suratnya dibuat dan dikirim dari penjara.

Sumber:

http://pedson.blogspot.com/2008/01/isa-almasih-yesus-kristus-dalam-al.html

Isa Almasih (Yesus kristus) dalam Al Quran dan Hadits

  • Isa lahir dari Roh Allah dan Tanda Kekuasaan Allah yang besar untuk Alam Semesta= qs 21:91
  • Isa itu Roh Allah dan firmanNya = hadis Anas bin Mlik hal 72
  • Isa itu Rasul Allah dan FirmanNya = qs 4:171
  • Isa itu Jalan Yang Lurus supaya diikuti = qs 43:61 (bandingkan dgn qs 3:47-51)
  • Isa membawa terang supaya diikuti. Taat kepada Allah dan Isa = qs 43:63
  • Isa diberi mujizat dan Rohul Kudus = qs 2:253
  • Isa mengatakan perkataan yang benar = qs 19:24
  • Isa menyembuhkan orang buta sejak lahir, juga orang yang berpenyakit sopak, menciptakan burung, menghidupkan orang mati = qs 3:49
  • Isa menghidupkan orang mati dari kubur = qs 5:110
  • Isa terkemuka di dunia dan akherat = qs 3:45
  • Isa adalah satu-satunya Imam Mahdi = hadis ibnu majah
  • Isa lahir, mati dan dibangkitkan kembali = qs 19:33
  • Isa akan diimani oleh semua ahli kitab = qs 4:159
  • Isa itu hakim yang adil pada akhir zaman = hadis sohim muslim
  • Isa itu Yang Awal dan Yang Akhir = qs 57:3
  • hanya Isa yang sedari bayi tidak disentuh setan = hadis bukhari no 1493
  • Isa langsung berfirman tanpa perantara malaikat = qs 19:29-32
  • Isa diperkuat oleh Rohul Kudus = qs 2:87
  • Isa adalah Rahmat dari Allah dan tanda bagi manusia = qs 19:21
  • Isa adalah suci = qs 19:19-21
  • Isa memiliki pengetahuan Gaib = qs 3:49

Sumber:

http://pedson.blogspot.com/2009/05/mau-mengislamkan-teman-kristen-malah.html

Thursday, May 14, 2009

Saudara-saudaraku, saya ingin memberi kesaksian saya bagaimana Tuhan telah menyelamatkan saya dan memanggil saya secara khusus dan dengan kuasanya Dia memilih saya sebagai anakNya dan seterusnya sebagai hambaNya melalui berkat anugerahnya dalam Al-Masih Isa yang telah diberikan, bukan sahaja kepada saya tetapi sesungguhnya kepada seluruh dunia juga!

Saudara-saudari, satu daripada lagu yang telah saya gubah menyatakan bahawa di dunia ini ada ramai orang yang sedang mencari-cari keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Tetapi alkitab telah pun menyatakan bahawa hanya dalam Al-Masih Isa terdapat keselamatan untuk setiap jiwa di dunia ini! Dan melalui Isa sahajalah saya telah menerima rahmat dan berkat Tuhan serta jaminan kesejahteraan dunia dan di akhirat. Firman Tuhan yaitu Al-Kitab telah bersabda bahawa:

Berbahagialah orang yang mempercayai dalam Isa walau pun tidak lihatnya dengan mata sendiri.

Yohanes 20 : 29

Tuhan telah memanggil dan menyelamatkan saya, bukan melalui peristiwa-peristiwa atau kejadian ‘supernatural’ atau pengalaman yang ajaib yang menakjubkan! Kerana secara usaha manusia, adalah mustahil bagi saya menerima Kristus dan saya tidak mungkin menjadi seorang pengikut Al-Masih itu. Sebabnya ialah sejak taman asuhan kanak-kanak (Taska) lagi saya dibesarkan di pesantren (perkampungan di mana terdapat sekolah-sekolah agama dan madrasah Islam). Selepas itu saya telah dididik dan dibentuk selama enam tahun di sekolah pesantren itu dan telah menjalankan pendidikan saya dengan begitu baik. Setelah itu, keluarga saya telah berpindah, lalu saya pun melanjutkan pendidikan saya di sebuah pesantren lain selama tiga tahun lagi.

Sebagai satu contoh kecemerlangan saya di pusat pengajian Islam pesantren ini, pada tahun 1987, saya telah dipilih mewakili kota saya dalam pertandingan tilawah Al-Quran. Dan saya telah menjadi juara pertandingan itu! Dan pada tahun 1988, saya telah juga menjuarai pertandingan kaligrafi Islam, yaitu seni Khat Arab yang halus itu. Pada masa itu juga, kami telah menjadi juara pertandingan pidato bagimana berdakwah secara berkesan untuk Islam, bagaimana untuk berusaha, mencari, berkhutbah secara Islam dan berdakwah ajaran Islam kepada mereka yang bukan Islam.

Kemudian saya telah melanjutkan pendidikan saya lagi di sebuah institusi pengajian tinggi yang menyiapkan guru-guru agama Islam di kota kami. Di sini kami sebagai umat Islam amat mantap dan sangat percaya bahawa Islamlah yang paling benar, kerana selaras dengan ajaran Al-Quran bahawa: ‘Innadinna indallah-hiislam’ – ‘sesungguhnya agama yang benar disisi Allah ialah Islam’. Dan satu misi besar bagi kami ialah untuk berusaha mencari mereka yang masih belum memeluk agama Islam.

Kewajiban besar bagi kami di sekolah tinggi itu untuk memberi penjelasan kepada Islam bagi orang yang bukan Islam. Di sekolah itu juga, saya telah diberi ajaran bahawa, pada masa yang dahulu, berlakunya suatu Perang Salib, diantara umat Islam dan umat Kristian, dan dalam perang Salib itu umat Islam telah menang. Bagi saya, ini menunjukkan bahawa Islamlah agama yang benar. Kerana menurut ulamak dan kiyai saya, Tuhan berpihak kepada orang Islam, sehingga orang Islamlah yang menang dalam perang ini!

Ini juga telah meyakini saya dengan lebih dalam ayat Quran itu “sesungguhnya agama yang benar disisi Allah ialah Islam” dan saya dipacu dan didorong untuk mencari-cari meraka yang belum lagi mengenal Islam. Dan di kota saya, kumpulan yang terbesar sekali yang belum terima Islam ialah dari keturunan Cina-Tionghua. Oleh itu, saya amat rindu dan tergerak hati untuk mendakwahkan mereka. Menurut tanggapan saya, agama orang-orang Cina ini adalah salah dan mereka perlu mendengar utusan Islam. Meskipun begitu, saya amat berhati-hati semasa mendekati orang Cina kerana saya tahu yang makanan kesukaan mereka ialah daging babi. Sebagai ajaran Islam, daging itu adalah jenis najis mugholadhl’oh-yaitu najis yang terkotor sekali. Jika tersentuh, untuk membersihkan dari kekotoran ini, orang yang tercemar itu kena mencuci tujuh kali dengan lumpur dahulu selepas itu mesti cuci dengan air bersih sebanyak tujuh kali – barulah boleh dikira ‘suci’. Jadi, saya sebagai seorang Islam amat berhati-hati supaya tidak tersentuh dengan orang Cina.

Walaupun begitu, saya amat terdorong untuk berdakwah kepada orang Cina. Perbualan saya dengan mereka seringkali diselit dengan soalan-soalan seperti berikut:

“Hei kawan, mahukah anda dengarkan cerita dari saya? Saya ingin tanyakan anda-Apakah agama anda?”

Pada satu hari saya telah tanyakan seorang sahabat keturunan Cina saya soalan di atas. Maka kawan saya itu telah menjawab: “Agama saya Kristian”

Lalu saya berkata kepadanya: “Wahai kawanku, tahukah saudara bahawa amanat Kristian itu benar hanya untuk dua ribu tahun yang lalu? Pada saat Nabi Isa masih hidup, tetapi sekarang agamanya telah digantikan dengan agama yang baru dan seorang Nabi yang baru!” Yaitu Islam dan nabinya ‘Muhammad’.

Tetapi dia katakan : “Oh bagi saya itu tidak menjadi masalah, jika ada agama yang baru atau tidak …kerana bagi saya dengan IMAN saya pasti masuk syurga!

Apabila mendengar ini, saya telah amat terkejut…! Sebab selama 10 tahun saya belajar di sekolah agama pesantren dan selepas itu lebih empat tahun lagi di institusi perguruan tinggi Islam saya tidak pernah dengar bahawa masuk syurga itu pasti! Yang ada sahaja adalah kata-kata ‘Insyaallah…’. Yaitu “ad-dunia mazsira-tul akhirah” – yaitu Dunia ini adalah satu tempat berlumba-lumba untuk menuju ke Akhirat, dan untuk memasukinya pun dengan “Insyaallah'” sahaja. Tapi bagaimanakah saudara Kristian ini boleh kata, memasuki syurga baginya adalah pasti? Jadi saya menegurnya dengan soalan :

‘Wahai saudaraku, Sememangnya Syurga itu kepunyaan Bapamu, ke?’

Lalu dia menjawab : “Ya! Memangnya Syurga itu Bapaku punya.”

Saya amat terkejut dengan jawabannya itu dan terlintas di fikiran saya pada saat itu nas Al-Quran Surah al-Ikhlas ayat 6 : “Lam walid wa lam yulad” yakni “bahawa Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan” dan di surah al-Jinn ayat 3 :”Bagaimana Allah boleh mempunyai Anak kalau Dia tidak mempunyai permaisuri?” Tetapi bagaimana sahabat Kristian ini sanggup mengakui Tuhan sebagai Bapanya sendiri? Kemudian saya tanyakan dia lagi: “Sememangnya Tuhan kamu Siapa?, dan namaNya Siapa?” Dia jawab dengan tenang: Tuhan saya adalah Yesus (Isa) – pada saat saya dengar kata-kata itu, emosi saya telah naik marah dan saya marah besar kepada dia. Kerana dia telah menyekutukan Allah, mengikut tanggapan saya. Ajaran saya selama ini yalah: “La-illah ha-ilallah” yakni “Tidak ada Tuhan kecuali Allah.” Tetapi bagaimanakah sahabat Kristian saya ini boleh kata Isa adalah Tuhannya! Jadi saya pun mengucapkan kepada kawan itu: “Lakum di-nukum al ya-din” – “Bagimu agamamu dan bagiku agamaku” (Surah al-Kafirun 6).

Kemudian saya anggap pertemuan itu sudah selesai. Saya pun pulang ke perkampungan saya dan hidup saya kembali seperti biasa. Saya teruskan pengajian dan pencarian saya untuk kebenaran. Mahupun di Institusi Islam saya atau secara peribadi. Semasa saya lakukan pengajian saya itu dialog yang telah berlaku dengan sahabat saya di atas tidak tinggalkan fikiran saya.

Di mana dialog itu menggerakkan saya untuk mencari siapakah sebenarnya Isa Al-masih itu. Dan mengapakah umat Kristian boleh kata bahawa ‘dengan iman seorang itu pasti masuk Syurga’. Saya telah mencari buku-buku yang bercerita tentang Isa. Saya telah temukan satu Kitab yang ditulis oleh Kiyai Mundhir Dhan Nadzir yang berjudul Fa’firu Il’lallah (Jalan Menuju ke Allah).

Dalam Kitab itu ada menjelaskan tentang peristiwa di akhir Zaman. Di mana di dalamnya diceritakan di zaman akhir akan terjadi peprangan di mana-mana, kebuluran di mana-mana, gempa bumi di mana-mana, keributan terjadi di mana-mana dan banyak orang akan resah gelisah dan ketakutan. Dalam keadaan yang semacam itu, kemudian muncullah satu kuasa yang sungguh dasyhat, yang bernama ‘Dajjal’. Dan Dajjal ini sangat-sangatlah menakutkan. Di mana matanya satu, dan dia amat tinggi dan besar, sehingga lautan pun sejauh selangkah kaki sahaja baginya. Di tangan kanannya dia membawa Syurga dan di tangan kirinya dia membawa Neraka. Dajjal ini pergi kemana-mana untuk mencari penghuni-penghuni bagi Syurga dan Neraka yang dibawakannya. Padahal Syurganya adalah Neraka di mana penghuni-penghuninya akan disiksa kekal abadi dan selama-lamanya! Dia pergi ke mana-mana saja mencari jiwa-jiwa untuk memasuki Syurganya itu. Tetapi, pada saat yang terakhirnya datanglah Penyelamat yang akan menentang Dajjal yang sangat jahat itu. Saya amat terkejut dengan siapakah yang akan datang selamatkan Dunia ini dari cengkaman Dajjal ini – ISA AL-Masih sebagai Imam Mahdi sendiri!

Datanglah Isa al-Masih sebagai Imam Mahdi yang akan selamatkan Dunia dari kejahatan siDajjal! Dua kuasa yang timbul ini akan bertemu dalam satu pertembungan peperangan yang dahsyat antara Isa dan Dajjal itu! Saya amat kagum dan heran dengan apa yang terjadi selanjutnya. Semasa bertemu dengan Dajjal itu, Isa al-Masih berkata kepada bumi “Hai Bumi! Terbukalah..”. Maka dengan serta-merta Bumi pun terbuka dan Dajjal pun jatuh ke dalamnya dan terus terhimpit di dalamnya, lalu si Dajjal itu pun mati. Dari situ saya bertanya lagi : “Mengapakah masih ISA Al-Masih yang dapat mengalahkan Dajjal?” Kerana dalam foot-notenya buku ini, disebut bahawa Dajjal ini merupakan pergabungan segala kekuatan Iblis yang menjadi satu. Dan Dajjal ini akan menyesatkan ramai orang kedalam Neraka dengan kuasanya.

Soalan yang timbul di dalam fikiran saya ialah: Mengapa masih Isa Al-Masih yang dapat mengalahkan kuasa-kuasa Iblis ini? Mengapakah bukan Nabi Adam yang pernah temukan secara langsung dengan Iblis itu? Kenapakah bukan Nabi Nuh, Nabi Idris, Hud, Salleh dan nabi-nabi yang lainnya, dan bukan pula Nabi Muhammad yang dulu saya pernah menyanjungkan, muliakan dan impikan. Mengapakah masih Nabi Isa? Dalam kitab yang sama itu, muncullah cerita yang menjawab soalan-soalan yang runcing ini dalam jiwa saya. Setelah Hazrat Isa berkuasa selepas kekalahan Dajjal, maka terjadilah Hari Kiamat.

Pada masa Kiamat pula, semua jiwa manusia yang pernah hidup akan dikumpulkan di satu tempat yang bernama ‘Ara Mahsyar’ atau Padang Mahsyar. Mereka akan dikumpulkan di Padang Mahsyar ini untuk menunggu waktu penghakiman mereka, dimana satu-persatu mereka akan menghadapi seorang Hakim yang akan menghakimi setiap umat manusia. Mereka ini amat ketakutan saat ini kerana keadaan kepanasan yang amat sangat pada waktu itu. Mengikut gambaran Kitab itu, lantainya Padang Mahsyar adalah perak dan di atasnya pula terdapat Matahari yang boleh dijangkau dengan tangan manusia. Sehingga kepanasannya begitu teruk sekali dan membuat setiap manusia disana hancur menjadi air dan kemudian muncul lagi menjadi manusia; sehingga mereka ini semua berduyun-duyun mencari pembela mereka, supaya masalah mereka boleh cepat diadili.

Mereka bertemu dengan Nabi Adam, lalu menyeru kepada baginda:”Ya Nabi Adam, ya Nabi Allah-tolonglah cepat bela masalah kami!” Tetapi jawabnya Nabi Adam ialah : “Hai Umatku, aku tidak sanggup membela perkara kamu, kerana saya pun malu, saya pun harus mempertanggungjawabkan masalah saya sendiri di hadapan Hakim itu.” Kemudian mereka ke Nabi-nabi Nuh, Idris, Hud, Salleh dan kepada semua nabi yang lain untuk mencari pertolongan membela masalah mereka di hadapan Sang Hakim itu. Tetapi mereka semua pun tidak dapat tolong umat manusia itu! Kemudian mereka pergi mencari Nabi akhir zaman, nabi Muhammad. Mereka berseru:”Ya Rasullulullah, Tolong cepat bela masalah kami.” Lalu Muhammad menjawab mereka: “Wahai umatku, aku tidak boleh membela perkara kamu. Aku hanya boleh mendoakan syafaat bagimu sahaja…”. Tetapi Muhammad tidak dapat menentukan siapa diantara umatnya yang akan masuk Syurga atau Neraka. Keputusan muktamad dan terakhirnya hanya berada di dalam tangan Hakim yang akan menghakimi umat Manusia !

Saya amat terkagum dengan siapa yang menjadi Sang Hakim itu, saudara saudari, ternyata yang menjadi Penghakim adalah tidak lain dan tidak bukan : Isa Al-Masih. Soalannya sentiasa melintas difikiran saya : Mengapakah Isa Al-Masih lagi yang muncul menjadi Hakim ? Dialah yang menentukan mereka yang akan masuk syurga dan juga mereka yang akan masuk Neraka. Saya bertanya-tanya dan terus bertanya dan amat teringin mengetahui jawabannya. Dan kemudian saya mulai bertahajud, saya beristikhoro’ dan saya bersolat dan berdoa terus-menerus. Kerana saya tidak mahu berada di keadaan di tengah-tengah, dimana dosa dan pahala saya dihitung seimbang. Kerana saya tahu bahawa hidup di dunia ini hanya sementara, yang kekal hanya adalah di akhirat -syurga atau neraka. Yang menentukan kita masuk syurga atau neraka nanti adalah semasa kita di dunia hari ini.

Kemudian saya pun berdoa dan bersolat sambil mencari jawaban dan penyelesaian bagi soalan saya di atas. Saya telah menangis. Hati saya sentiasa mencari apakah hakikat yang sebenarnya tentang peranan besar yang dimain oleh Nabi Isa yang juga bergelar Al-Masih itu, dalam perkara Syurga dan Neraka. Selama tiga tahun saya telah bergumul dengan perkara yang penting ini, tiga tahun saya mencari-cari kebenaran siapakah sebenarnya Isa Al-Masih ini. Mengapa orang Kristian tetap yakin dengan iman mereka pasti masuki Syurga? Mengapa Tuhan umat Kristian adalah Yesus Kristus yakni Isa Al-Masih!

Tidak lama kemudian, saya diberi jawabannya. Tuhan telah bukakan mata dan hati saya kepada kebenaran – Siapakah sebenarnya Isa Al-Masih itu. Jawabannya datang dari ayat al-Quran Surah Al-Imran 3 ayat 45 :

“Malaikat berkata : Ya Maryam, sesungguhnya, Allah itu memberi khabar sukacita kepadamu, Maryam, dengan Firman yang dari Allah, Firman itu bernama Al-Masih Isa ibnu Maryam, yang berkuasa di dunia dan di dalam akhirat dan yang paling dekat dengan Allah…”

Sungguh indah hakikat ini. Firman Allah ini yang bernama Isa Ibnu Maryam yang berkuasa di dunia dan di akhirat. Alhamdullillah! Kesimpulannya dalam fikiran saya : Dia yang datang kali kedua, Dia yang mampu mengalahkan Dajjal, Dia yang akan menghakim umat manusia dan menentukan siapa akan masuk ke Syurga atau Neraka – memang itulah HAK Dia, sebab Isa ibnu Maryam itu berkuasa di Dunia dan juga di Akhirah!

Kemudian saya telah mencari sahabat Tionghua saya itu dan melaluinya saya memperolehi sebuah Al-Kitab yaitu sebuah Kitab Suci Injil (KSI). Saya telah cuba membaca KS Injil ini tetapi pada mula-mula saya takut lalu mengucap “ta’awuz” (nauzbillah…) sebelum membacakannya! Tetapi pada saat saya membukakannya saya telah merasa amat selesa sekali lalu saya bermula membaca dengan buku Kejadian.

Sungguh enak dan seronok sekali pembacaan saya itu! Kerana cerita dalamnya sangat jelas, dan kesinambungannya juga amat sempurna. Kronologinya sangat lengkap sekali dan berurutan! Dalam al-Quran tidak selengkap KS Injil. Kalau dalam Quran cerita Nabi Adam, terdapat di Surah Semut, Sapi Betina, Surah Labah-labah dan di Surah Guruh dsbnya, semuanya hanya secebis-secebis sahaja. Tetapi kesemuanya pun tetap tidak selengkap seperti Buku Kejadian dalam Al-Kitab!

Saya telah membaca selanjutnya Kitab Suci Injil itu. Semua cerita-cerita dalamnya amat cocok dengan ajaran dari kiyai-kiyai dan tokoh-tokoh Islam lain yang telah mengajar saya. Saya telah berusaha membaca dan memahami segala-gala yang terkandung dalamnya dengan hati dan fikiran yang terbuka sekali, dan Tuhan telah memperkenankan usaha pencarian saya itu.

Akhir kata, pada bulan Julai tahun 1991, sesudah bergumul selama tiga tahun dengan soalan-soalan saya, setelah memiliki dan membaca Kitab Suci Injil bagi diri sendiri, Tuhan telah memberkati saya dengan damai sejahtera dan keselamatanNya. Pada masa yang sama saya telah tertarik kepada sebuah lagu rohani yang memperingatkan saya tentang pencarian saya yang awal. Liriknya seperti berikut:

Sudahkah engkau siap sedia?
Menghadapi kedatangan Yesus kelak kembali!
Untuk mengangkat kita semua,
Yang sungguh-sungguh mengharap padaNya

Liriknya memperingatkan saya jika kita semua sudah siap menghadapi kembalinya Isa ke dunia ini. Hakikat ini ada juga diajar oleh agama Islam dan saranan untuk bersiap-sedia bagi kedatangan baginda kali kedua juga adalah sama. Sambil saya berfikir tentang persiapan saya, saya telah dinampakkan satu gambaran dosa-dosa saya yang sungguh besar sekali yang tidak mungkin dosa itu dapat diampuni. Tuhan telah menunjukkan dosa saya yang begitu besar sehingga mustahil bagi saya masuk syurga. Pada saat itu saya mulai menangis atas segala yang telah saya renungkan. Tetapi pada waktu itu juga Tuhan telah menunjukkan saya bagaimana Al-Masih Isa telah menjadi Penebus saya, dan bagaimana baginda telah menanggung hukuman bagi dosa-dosa saya -dan juga manusia sejagat-untuk kekal abadi! Sama seperti bagaimana anak Nabi Ibrahim telah diselamatkan daripada dijadikan korban sembelihan oleh penggantinya – seekor kibas yang telah disiapkan oleh Tuhan sendiri yakni penebusnya yang besar (fi’dia). Sesungguhnya peristiwa ini adalah satu gambaran nubuat yang Tuhan telah berikan kepada umatnya tentang kedatangan Isa al-Masih yang datang sebagai Penebus manusia yang kekal abadi!

Setelah saya sendiri telah meyakini penebusan hukuman dosa-dosa saya oleh korban yang telah dibayar oleh Tuhan sendiri -dengan nyawa Isa al-Masih yang sempurna, saya kini beroleh keyakinan juga untuk kedatangan baginda kembali ke dunia. Karena kini baginda bukan sahaja Sang Hakim yang adil itu, tetapi dia juga adalah Penebus dan Juruselamat saya untuk selama-lamanya! Halleluyah! Alhamdullilah!

Saya ingin sarankan kepada saudara-saudari yang dikasihi, kupaslah segala prasangka yang tidak berasas kamu terhadap Kitab Suci Injil. Bacalah Kitab Suci ini dengan fikiran yang terbuka. Tuhan akan memberkati saudara-saudari dengan anugerahNya yang maha suci dan indah! Saya ingin menutupi kesaksian saya dengan satu ayat daripada Kitab Suci Injil yang sungguh bermakna dan indah sekali:

“Kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Isa. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan dari kasih karunia Allah.”

Efesus 2 : 8-9

Semoga Tuhan memberkati pencarian saudara! Amin.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18467&Itemid=1

Sejauhmana indahnya hubungan Islam dan Kristian?

 

Fahri Abdullah al-Masri
Fri | Dec 26, 08 | 2:21:08 am MYT
Menjelangnya Hari Natal, saya teringat sebuah filem yang pernah saya tonton. Hassan wa Morkos (Hassan dan Marcus) adalah satu filem keluaran Mesir yang bersulamkan babak-babak dan watak-watak komedi.

Dan babak yang selebihnya berunsurkan isu-isu keagamaan yang bernada agak serius juga. Tapi, genre filem ini adalah komedi. Saya tidak tahu apakah hal ini disengajakan untuk mengelakkan berlakunya isu-isu kontroversi. Mungkin ini adalah salah satu strategi juga. Siapa tahu?

Filem yang terbit pada tahun ini mula ditayangkan November lalu sempena Kuala Lumpur International Film Festival (KLIFF). Tayangan filem-filem dari Arab, Mororco, Iran dan lain-lain negara Islam turut ditayangkan secara percuma di GSC Mid Valley dan GSC Pavilion Kuala Lumpur di Jalan Bukit Bintang. Tapi, antara kebanyakan filem, Hassan wa Morkos itulah yang benar-benar memikat jiwa dan mencabar pemikiran.

Filem ini mengungkap dilema yang terpaksa ditempuh oleh kedua-dua buah keluarga Muslim dan Kristian yang hidup dalam buruan pengganas di Mesir ekoran kegiatan keganasan yang terkait dengan gerakan al-Qaeda dan pengganas Kristian. Maka, atas nama keselamatan, mereka terpaksa menyamar dan kemudiannya bertukar agama olok-olok.

Ia adalah kisah mengenai seorang syeikh yang kuat pegangan agama dan kental spiritualnya. Saya lupa nama syeikh tersebut. Watak syeikh itu dipegang oleh pelakon terkenal yang pernah menempa nama di layar perak Hollywood, iaitu Omar Syariff. Untuk sementara, biarlah kita namakan dia sebagai Syeikh Omar.

Syeikh Omar ini, terpaksa melarikan diri daripada sekumpulan pengganas Muslim selepas adik lelakinya yang terlibat secara langsung dalam kumpulan pengganas telah mati dalam satu letupan dan serangan. Pada hari pengebumian adik lelakinya, teman-teman seperjuangan adik lelakinya telah datang menemui Syeikh Omar, memujuknya untuk kembali meneruskan perjuangan adiknya.

“Sekarang, tanggungjawab tuan untuk meneruskan perjuangannya,” kata tiga orang lelaki yang diutuskan menemui Syeikh Omar.

Bagaimanapun, Syeikh Omar menolak permintaan mereka itu. Penolakan itu menaikkan amarah di hati kumpulan tersebut. Selang tidak berapa lama, rumah syeikh Omar hangus dibakar. Beliau terus membuat penafian bahawa kebakaran di rumah mereka ada kaitan dengan kegiatan pengganas yang berdendam kepadanya.

Tapi, dengan ketibaan seorang pegawai polis tertinggi, Mokhtar Basya, akhirnya hal pihak pengganas yang berdendam dengan Syeikh Omar terdedah jua. Ekoran itu, Moktar Basya memberikan dokumen pengenalan diri yang baru kepada Syeikh Omar dengan nama Kristian, iaitu Morkos (Marcus). Termasuk seluruh keluarga Syeikh Omar turut diberikan nama dan identiti agama yang baru.

Paderi Baulus menukar namanya kepada Syeikh Hassan al-Attar
Di suatu sudut yang lain, seorang paderi merangkap guru besar dalam bidang teologi Kristian Goptik di Mesir turut menerima ancaman yang sama dalam muktamar antara penganut Muslim dan Kristian. Ugutan itu berlaku setelah Paderi Baulus (lakonan Adel Imam) melontarkan kecaman keras ke atas pengganas Kristian.

“Para penganut Kristian yang menggunakan kekerasan itu, bukanlah daripada kalangan kami,” tegas Paderi Baulus. “Gereja mengecam tindakan mereka yang melakukan keganasan ini atas nama agama.”

Selepas habis perhimpunan muktamar antara Muslim dan Kristian itu, dalam perjalanan pulang bersama anaknya, Paderi Baulus berasa ada sesuatu yang tak kena ke atas keretanya. Rupa-rupanya, ada rancangan membunuh daripada pengganas Kristian ke atas sang paderi ekoran kelantangannya dalam muktamar itu.

Sekali lagi, kes itu dirujuk kepada Mokhtar Basya, pegawai tinggi polis di Mesir. Akhirnya, di atas keselamatan nyawanya sekeluarga, untuk suatu tempoh tertentu, Paderi Baulus menggunakan nama Islam, Syeikh Hassan al-Attar, termasuk anak dan isteri beliau.

Banyak kisah jenaka yang berlaku dalam keluarga Syeikh Hassan al-Attar (Paderi Baulus) apabila mereka berpindah rumah. Paderi Baulus (dengan watak barunya Syeikh Hassan al-Attar) misalnya terpaksa ke masjid untuk menjawab permasalahan fekah penduduk setempat, hatta yang paling memenatkan ialah beliau terpaksa menjadi imam solat, termasuk solat Jumaat.

Akhirnya, Syeikh Hassan (Paderi Baulus) dan Morkos (Syeikh Omar) dipertemukan dalam sebuah rumah pangsa yang dimiliki oleh seorang Kristian. Maka, disitulah Morkos dan Syeikh Hassan mula mengikat tali persaudaraan sesama mereka, walaupun mereka berbeza identiti dan agama. Syeikh Omar (Morkos) menyangkakan Paderi Baulus (Syeikh Hassan al-Attar) adalah Muslim dan begitulah sebaliknya, Paderi Baulus menyangkakan Morkos seorang Kristian.

Melihat keakraban mereka, para penduduk sekitar perumahan itu tak menjangka bahawa penganut Islam dan Kristian akhirnya boleh tinggal sebumbung dan mereka boleh juga menjalankan urusan perniagaan roti bersama.

Satu babak yang paling menarik dan mungkin mencabar pemikiran kita ialah babak ketika mana Paderi Baulus (Syeikh Hassan al-Attar) dan Syeikh Omar (Morkos) mahu menunaikan ibadah menjelang masuknya waktu Maghrib. Mereka berpapasan keluar dari rumah, terus menuju ke sebuah masjid dan gereja yang berdekatan. Baik Syeikh Hassan dan Morkos menjadi serba-salah.

Morkos (Syeikh Omar) walaupun menyembunyikan keislamannya, tetapi ingin menunaikan Maghrib di masjid, walhal Syeikh Hassan al-Attar (Paderi Baulus) dan anak lelakinya Imad (nama Kristiannya, Girgis) ingin masuk ke dalam gereja. Akhirnya, mereka terpaksa menipu diri mereka sendiri. Paderi Baulus dan anaknya menyempurnakan amalannya di masjid manakala Morkos (Syeikh Omar) terpaksa berada di gereja ketika jemaah Muslim sedang menunaikan solat Maghrib.

Kedua-dua mereka tiada pilihan kerana terpaksa menyembunyikan identiti keislaman dan kekristianan masing-masing. Kalau watak agama mereka yang sebenarnya terbongkar, nyawa mereka dikhuatiri akan terancam. Morkos (Syeikh Omar) terpaksa berdoa dalam gereja menurut tatacara Islam. Dalam masa yang sama, Syeikh Hassan al-Attar (Paderi Baulus) terpaksa berdoa dalam masjid menurut tatacara Kristian.

Namun, karyawan filem nampaknya bijak menyusun keseimbangan antara kedua-dua jalur fikiran beragama. Misalnya, ketika babak watak Syeikh Hassan al-Attar tiba ke dalam masjid, ditunjukkan imam yang sedang membacakan Surah al-Ma’idah, ayat 82 yang bermaksud:-

“..Dan demi sesungguhnya, engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahasa kami ini ialah orang-orang Nasrani.” Yang demikian itu, disebabkan ada antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.”

Manakala Morkos (Syeikh Omar) pula, ketika keluar dari gereja terus bertanya Syeikh Hassan al-Attar (Paderi Baulus): “Katakan anda seorang Kristian, lalu anda berdoa dalam masjid, adakah doa anda diterima?” Lalu, sang paderi berkata:- (kalau tak salah ingatan saya..)

“Menurut Bible.. kitab suci pegangan saudara itu,” kata Paderi Baulus, “jika ada dua atau tiga orang di sekeliling kita, maka Tuhan tetap mendengar doa kita.”

Paderi Baulus lebih memahami hakikat kitab itu kerana beliau sendiri adalah guru besar dalam bidang teologi Kristian. Ringkasnya, nas-nas dan dalil-dalil dari al-Quran dan Bible ini turut disebutkan secara seimbang melalui kedua-dua penganut agama samawi lewat filem tersebut.

Rahsia mula terbongkar
Hubungan akrab yang terjalin mesra di antara kedua-dua buah keluarga itu akhirnya membenihkan bibit percintaan antara Imad (Girgis), anak Paderi Baulus (Syeikh Hassan al-Attar) dengan Fatima (Maria), iaitu anak kepada Morkos (Syeikh Omar). Namun, akhirnya, percintaan mereka terhalang setelah kedua-duanya mengetahui rahsia agama masing-masing.

Hubungan yang asalnya jernih antara kedua-dua keluarga mula menjadi keruh ekoran terbongkarnya rahsia antara kedua-dua buah keluarga tadi. Bagaimanapun, di akhir cerita, sebuah insiden kebakaran di rumah mereka akhirnya kembali meneguhkan pendirian mereka bahawa Islam dan Kristian itu sebenarnya lebih harmoni perhubungannya berbanding agama-agama lain seperti Yahudi dan paganisme.

Di hujung filem ini juga, babak-babak seterusnya diadun dengan menyiarkan khutbah para khatib dari atas mimbar dan ucapan para paderi di gereja yang menghasut para penganut kedua-dua agama samawi ini agar terus bersilang sengketa sesama mereka.

Pendek kata, Hassan wa Morkos berjaya mennyulam elemen komedi bersama unsur pemikiran yang berat untuk diketengahkan kepada penonton. Saya rasa puas hati dan berasa tidak rugi menonton filem ini.

Kekeruhan hubungan antara Islam dan Kristian, antara ideal dan realiti
Sejak peristiwa Perang Salib, kita tersasar menyatakan hubungan itu adalah ekoran perang antara Islam dan Kristian. Secara tepatnya, perang itu merupakan suatu perang mutlak antara Islam dan Yahudi.

Ini kerana, antara dalang dan tulang belakang kepada Institusi Beraja di Benua Eropah adalah golongan Knight Templar yang punya tatacara kefahaman baru yang langsung berbeza daripada tradisi amalan keagamaan Kristian.

Knight Templar, (juga dikenali sebagai Crusaders, yang kemudiannya dijenamakan sebagai Freemason) akhirnya telah memanjangkan tradisi Perang Salib di rantau Nusantara melalui cengkaman ksatria Knight Templar dari Portugis, iaitu Alfonso De Albuquerque di Melaka.

Secara ringkas, secara ideal, hubungan Islam dan Kristian memang suatu hubungan yang baik seperti yang digambarkan dalam al-Quran. Jika berlaku di sebaliknya, maka hal tersebut ada kaitan dengan jarum-jarum yang ditusuk Yahudi dan unsur-unsur daripada faham paganisme ke dalam jiwa kedua-dua penganut agama ini. Wallahu’alam..

1:51 a.m, 26 Disember
Sekolah pemikiran Kg Baru

 

Ulasan saya: Usaha yang baik.

http://mykitabsuci.org/

Blog ini sangat kontroversi kata salah seorang rakan dialog/debat dari rakan muslim. Saya buat blog ini untuk tujuan menyampaikan hujah pertembungan minda antara katolik, kristian dengan islam dari sudut pandang versi prokatolik. Sejujurnya itulah niat blog ini diwujudkan. Apabila ada perbezaan sudut pandang kristian tentang kisah Yesus dan sejarah nabi, tentulah ia satu perbezaan yang serius yang harus diperjelaskan kepada umat-umat kristian. Ini berguna buat bekalan mereka dalam perjalanan dimanapun mereka bermastautin kelak.

Kristian beriman kepada alkitab dan tidak al quran, umat islam pula beriman kepada al quran dan hadith dan tidak kepada alkitab. Kristian tidak boleh terima kisah nabi isa dalam al quran dan umat islam tidak boleh terima kisah Yesus di alkitab kristian. Akibatnya, sampai sekarang isu debat dan dialog tetap rancak jadi topik perbincangan di internet atau dalam situasi sebenar face to face. Pihak gereja tidak mahu masalah ini menjadi racun dalam hidup bermasyarakat.

Anda terlalu berani mempersoalkan islam kata penghibur (salah seorang pendebat / dialog islam). Seolah-olah saya tidak berada dalam konteks kenegaraan 1Malaysia. Seolah-olah saya tidak peduli tentang wujudnya Perlembagaan Malaysia yang menghalang isu-isu sensitif dibincang secara terbuka. Atas kesedaran konsep 1Malaysialah saya buka ruangan blog ini. Saya akui tajuk besar blog ini perlu diubah sesuai dengan tema dan misi blog ini. Pada akhirnya blog ini bertujuan untuk rakyat minoriti kristian dengan rakyat majoriti islam hidup rukun dan damai.

Sebarang teguran untuk memperbaiki blog ini sangat dialu-alukan. Maka dengan ini saya ubah tajuk besar blog ini dari INI BUKAN GELANGGANG DEBAT UNTUK MENCARI PEMENANG TETAPI DIALOG UNTUK MEMAHAMI kepada MEMAHAMI PERBEZAAN KATOLIK, KRISTIAN DAN ISLAM DARI SUDUT PANDANG PROKATOLIK.

Prokatolik bermaksud Pro dari versi gereja katolik.